in

Gambar Sekitar Movie Day Out Filem Evolusi KL Drift 2

Pada 25 April lalu, Budiey telah mengadakan Movie Day Out – Filem Evolusi KL Drift 2 bersama dengan 19 orang pembaca. Rata-rata semuanya teruja untuk menonton filem arahan Syamsul Yusof ini memandangkan jumlah kutipan untuk filem ini sangat memberangsangkan.

Dengarnya, dah pecah panggung. Budiey dapati, bukan sahaja orang Melayu, malah ramai juga Chinese yang suka tonton filem ini. Syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan filem ini.

Movie Day Out kali ini dibuat di Golden Screen Cinemas, Mid Valley. Ada beberapa orang pembaca yang pertama kali menyertai MDO kali ini. Harap korang dapat join lagi untuk MDO yang akan diadakan pada masa akan datang. Jangan serik datang lagi ya.

Budiey nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi hadir. Hingga kita jumpa lagi di MDO Filem Hooperz! Nantikan pengumumannya di blog ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Gah 1 Akhir RTM di Sunway Lagoon

Filem Shooter Sempena Hari Pekerja