in

Pemenang Gah 1 Akhir RTM di Sunway Lagoon

SUNWAY LAGOON SAKSI KEMERIAHAN KEMUNCAK GAH 1 AKHIR

RTM melalui pertandingan berprestij Hits 1 dulunya atau kini dikenali dengan jenama baru Gah 1 bakal mendekati hari penentu pencarian tagu terbaik musim ke-7. Malam Kemuncak Gah 1 Akhir dijangka menjadi acara muzik terbesar RTM yang akan berlangsung penghujung Mei ini.

Dengan barisan artis-artis popular di persada muzik tanahair selain penglibatan komposer dan penulis lirik terkenal seperti Ajai, Habsah Hassan, Loloq, Hazami, Aubrey Suwito dan Asmin Mudin selain beberapa komposer muda lain yang turut bersaing, pihak produksi yang diteraju penerbitnya Serena Salleh menjanjikan penerbitan kali ini adalah yang terbaik dapat disaksikan penonton setia Gah 1 .

Taman Tema Air Terbesar di Malaysia Sunway Lagoon bakal menjadi saksi persembahan oleh para finalis akhir Gah 1 iaitu Misha Omar (Cinta Adam dan Hawa), Azharina Azhar (Rawan), Stacy (Pakai Buang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Menggear Dunia (Stacy dan Adam) dan dua kumpulan Indie popular yang mempertaruhkan lagu masing-masing iaitu kumpulan 6ixth Sense (Khatimah Cinta) dan Grey Sky Morning (Cinta Gila).

Para finalis Gah 1 kini telah bersedia memikul tanggungjawab seterusnya bersama lagu-lagu yang telah menjadi pilihan penonton melalui carta Gah 1 yang disiarkan sepanjang musim ini. Empat Anugerah yang menjadi rebutan pada malam kemuncak tersebut adalah Anugerah Lagu Terbaik, Lagu Tempat Kedua, Persembahan Terbaik dan Lagu Paling Popular Pilihan SMS.

Nantikan pertaruhan mereka dalam merebut Anugerah Lagu Terbaik hanya di Malam Kemuncak Gah 1 Akhir pada 30 Mei 2010 bermula jam 8.30 malam yang akan menemui peminat-peminat muzik tanahair secara langsung di saluran TV2 selain turut bersiaran di Saluran ASTRO 180 Muzik Aktif.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rentak Juara Suku Akhir 1

Gambar Sekitar Movie Day Out Filem Evolusi KL Drift 2