in

Kehilangan Pesawat MH370 Zed Zaidi Memadam Status Twitter

Di tengah kekalutan dan kecelaruan berita-berita berupa spekulasi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan Boieng 777 – 200 MH370 di jaringan laman sosial, nama selebriti yang juga seorang pelakon, Zed Zaidi muncul sebagai trending Worldwide selepas beberapa jam menyiarkan status tweet yang berupa sindiran dan bahan jenaka.

Status Zed Zaidi

Nama Zed Zaidi muncul trending gara-gara beliau dicemuh di laman sosial. Rata-rata menyuarakan respon dan pendapat mengatakan tindakan Zed Zaidi itu dianggap sejenis sarcastic, tidak wajar dan tidak peka dengan apa yang berlaku. Agak tidak wajar apabila selebriti di luar negara mendoakan yang terbaik kepada penumpang, artis kita pula buat lawak tak bertempat dan tak kena dengan masanya. Rasanya, hal atau perkara yang melibatkan nyawa orang ni, jangan dibawa bergurau la ye. Cuba bayangkan jika keluarga kita atau kawan-kawan yang kita kenal terlibat dalam kehilangan pesawat ni. Apa perasaan kita?

Bukan sahaja mendapat perhatian peminat dunia hiburan, malah ramai juga rakan selebriti memberikan respon tentang status Zed Zaidi tentang tanda tanya dan misteri berita kehilangan pesawat MAS tersebut dan mengaitkan ia dengan isu hidangan ‘nasi lemak telanjang’ dan ‘asam pedas’ MAS.

Menyedari status tersebut sudah tersebar dan menjadi viral di laman sosial, Zed Zaidi telah memadam status di Twitter beliau.

Walaupun dah dipadamkan, rasanya kita semua sedia maklum, teknologi printscreen pasti digunakan untuk mengabadikan status Twitter tersebut. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak Tweet? Haa, sendiri mahu ingat la ek. Tiada apa yang perlu dibuat, Zed Zaidi perlu meminta maaf secara terbuka untuk meredakan keadaan semua yang masih marah dan menyelar dengan status tersebut.

Semoga ini semua menjadi pengajaran kepada kita semua. Be positive dan sentiasalah ungkapkan perkara-perkara yang baik dan doalah kepada mangsa kehilangan pesawat yang terlibat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI SARAH LIYANA

Gambar Sekitar Majlis Nikah Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

Zed Zaidi Minta Maaf Buat Lawak Sindir Pesawat MH370