in

Gambar Kakak Liyana Jasmay

Wow, sama cantik, sama comel. Yelah, diorang kan adik beradik. Maunya tak cantik, Liyana Jasmay kan duta Maybeline New York.

3332917688 A1Dca3B1C3 O | 4

So, apa komen you bila dah jadi duta produk terkenal ni?

“Saya amat terkejut dan sama sekali teruja apabila Maybelline New York memberi peluang untuk menjadi duta jenama kosmetik terkenal ini. Sebelum dilantik sebagai duta, saya memang peminat setia Maybelline kerana produknya sangat trendy serta mampu menyerlahkan lagi gaya remaja dan wanita seperti saya. Tawaran ini cukup berharga dan tidak sabar untuk berkongsi pengalaman bersama wanita di Malaysia mengenai kecantikan semula jadi yang diperkenalkan Maybelline.”

Bila kali pertama Liyana guna produk ni?

“Sejak umur 16 tahun.”

Selain itu, peminat setia Avril Lavigne ini berkata, dia sering mengikuti perkembangan fesyen serta solekan terkini untuk memastikan dirinya sentiasa tampil menarik di mata khalayak.

“Antara warna yang menjadi pilihan utama Liyana ialah maskara hitam Volum Express Hypercurl, pemerah pipi Angelfit Blush Strawberry dan gincu bibir rona Fresh Cherry daripada koleksi Watershine. Semua pilihan berkenaan adalah alat solek yang mesti saya bawa bersama setiap hari dan tanpanya, saya rasa penampilan seakan kurang berseri.”

Tahniahlah, kira awak ni sebaris dengan bintang ternama seperti Zhang Ziyi; supermodel terkenal, Christy Turlinton, Adrianna Lima dan Erin Wasson.

Maybeline New York adalah jenama kosmetik yang menggabungkan konsep inovasi, rumusan berkualiti tinggi dan gaya terkini yang menjadi daya penarik bagi setiap wanita khususnya remaja untuk tampil lebih yakin serta bergaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Konsert TV9 Dihatiku di Lumut Perak

Jom Singgah di Booth SIY di Karnival RIA