in

Gambar Kekasih dan Bakal Tunang Lan Meet Uncle Hussain

Vokalis Meet Uncle Hussain, Lan, telah memperkenalkan kekasihnya, seorang gadis seusia dengannya bernama Normala Hassan. Teman wanita yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu itu nampak malu-malu ketika disapa dan memintanya bergambar dengan Lan.

Bagaimanapun, senyuman gadis ini tidak lekang dari bibirnya dan tingkah lakunya kelihatan tertib sekali. Seperti yang diakui oleh Lan, dia menyenangi sikap Normala yang sempoi, menyenangkan, beradap dan hormat kepada orang tua.

3454072876 565E4Fea81 O | 4

Lan bersama kekasih barunya.

Walaupun mereka baru mengenali hati budi masing-masing, Lan berkata tidak mustahil jika dia membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan Normala.

“Saya tak kisah sama ada lama atau sekejap kami berkawan, saya ingat nak bertunang dengannya dalam tahun ini. Lagipun, saya nak tunggu apalagi,” beritahunya.

Terbaru, Lan yang turut menulis lagu dalam album terbaru dan popular dengan lagu Putihnya Lukisan percaya, album baru MUH akan lebih mantap dan yakin diterima ramai.

Tahniah kepada MUH berjaya memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular di ABPBH 2008 lalu. Ini bermakna ia merupakan pencapaian drastik yang dikumpul oleh MUH sejak memenangi Lagu Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-23 serta Lagu Terbaik Hits 1 dan Persembahan Terbaik di Pertandingan Akhir Hits 1musim keenam.

Yang pasti, kejayaan yang datang bergolek lebih memberikan semangaty ang berkobar-kobar kepadanya dan seluruh anggota MUH untuk terus berjuang dalam industri muzik tanahair.

“Kami akan sentiasa memberikan persembahan yang berbeza kepada penonton. Kami juga berhajat untuk menerbitkan album pertama kami dengan pengisian lagu-lagu yang baru. Insya-Allah.”

Setakat ini, Lan telah mencipta lagu Pari-Pari Bawah Angin.

“Pengalaman telah mengajar saya untuk membuat lagu dan kini sedang menunggu lagu baru untuk siap. Saya tak mahu beritahu lagi tetapi setakat ini saya mempunyai beberapa buah lagu untuk diterbitkan.”

Selepas kejayaan yang diraih, Lan berkata dia mahu bercuti dan berehat seketika dari aktiviti seni.

Namun, Lan menafikan yang dia dan anggota MUH iaitu Taja dan Afat sedang dilanda konflik.

“Saya dah anggap anggota MUH yang lain seperti keluarga dan adik-beradik. Tetapi biasalah kadangkala ada yang saya tersalah cakapdan membuatkan mereka terasa. Bagi saya, normal jika kami ada konflik. Di atas pentas, kami bekerja bersama tetapi apabila di luar kami akan buat hal masing-masing. Band kami masih wujud. Saya anggap perjuangan kami seperti sia-sia dulu tetapi sekarang tidak. Saya rasa tahun ini merupakan tahun untuk Meet Uncle Hussain.” [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Tribute Clash Of The Band

Tomok Bakal Jadi Juara OIAM 3?