in ,

Gambar Izzue Islam & Awin Nurin Nikah

[dropcap]S[/dropcap]etelah enam tahun menyulam cinta sejak tahun 2008, pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam akhirnya sah bergelar suami kepada Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin, 31, dengan sekali lafaz, sekitar jam 9.45 pagi, 2 Jun 2013. Majlis ijabkabul telah diadakan di Dewan Shah Alam N’dah, Shah Alam.

[pullquote align=”right”]Pemilik nama sebenar, Muhammad Izzue Islam Mazlan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, iaitu Waharudin di Dewan Shah Alam N’dah, Shah Alam jam 9.45 pagi, 2 Jun 2013[/pullquote]

Tambah istimewa, tarikh pernikahannya hari ini sebenarnya merupakan hari lahir yang ke-24 tahun buat aktor yang semakin melonjak namanya menerusi drama Sebenarnya Dia Isteri Saya ini.

Awin menerima mas kahwin sebanyak 11 Dinar dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Izzue menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Pelakon Lelaki Harapan FFM25 ini memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa sejadah & Al-Quran, sebuah DSLR Nikon, set pewangi 1 Million Paco Rabane, sebuah MacBook Air Apple, baju kemeja, seutas jam tangan Marc Jacob, set passport holder Tissot, tepak sireh dan coklak Rodendo.

Sebagai balasan, Awin memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa sebentuk cincin, seutas gelang tangan & anting-anting, sepesalinan baju, sebuah beg Fosil, cek wang hantaran, dompet & jam tangan Fosil serta Al-Quran & Sejadah

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan Satris Anggun. Izzue segak berbaju Melayu dan Awin anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan dan para wakil media.

Izzue dan Awin yang telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012. Perkenalan mereka bermula apabila Awin mula menguruskan karier lakonan Izzue pada 2009 dan pasangan ini sendiri tidak sedar bilakah rasa cinta di antara mereka mula berputik.

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Gambar Izzue Islam Nikah

Sumber: Malaysian Digest & foto dari lensa Faisol Mustafa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fouziah Gous & Md Zahfran Bertunang

Drama Bersiri Islamik Balqis Lakonan Eja & Esma Daniel