in

Gambar Iqram Dinzly Dengan Putri Aurora

Romantiknya Iqram Dinzly. Beginilah agaknya gaya Iqram menjagakan isterinya dari tidur nanti… hehehe, gurau aje Iqram. Kalau nak tengok betapa romantisnya Iqram bercinta dengan Putri Aurora, korang boleh tonton drama terbaru dalam slot Lagenda berjudul PUTERI AURORA BERADU yang dilakonkan oleh Memey Suhaiza setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang.

Budiey dah tonton episod pertama drama ini semalam. Sebuah drama yang diadaptasi daripada kisah lagenda Inggeris ‘Sleeping Beauty’ yang mengisahkan Puteri yang tertidur setelah terkena jarum sumpahan. Sumpahan itu akan berakhir apabila dia berjumpa dengan jejaka idamannya.

Gambar ini Budiey ambil ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama pelakon drama ini di Saloma Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang berlangsung semalam pada jam 3 petang.

3745183916 A806026E22 | 3

3745184864 Bcc571522A | 4

3744388981 623E1D022E | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Red Carpet APM 2009

Teater Lorong Blues