in , ,

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan dalam HATI YANG DIKHIANATI

Pengenalan watak antagonis baharu dan konflik cinta yang semakin rumit bakal sentuh emosi peminat drama ‘Hati Yang Dikhianati’

Bagi menyuntik kelainan segar sekaligus merancakkan lagi kisah penuh dramatik naskhah adaptasi ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia iaitu drama ‘Hati Yang Dikhianati’, dua pelakon handalan yang tidak asing lagi, Elizad Sharifuddin dan Iqram Dinzly dibawa masuk untuk menyandang dua watak baharu yang diperkenalkan pada pertengahan jalan cerita.

Elizad Sharifuddin melakonkan watak Tasya, seorang peguam yang sedang berperang dengan masalah depresi selepas kematian suaminya. Pada mulanya, niat Tasya hanya untuk membantu Elyas kerana iras wajah Elyas mengingatkan Tasya kepada arwah suaminya. Namun lama-kelamaan hatinya semakin tertaut dan mula jatuh cinta dengan Elyas sehingga menimbulkan konflik apabila Lisa yang telah lama hilang muncul semula.

Manakala Iqram Dinzly pula membawakan watak antagonis bernama Azran, seorang bekas banduan yang juga merupakan bekas teman lelaki Maria. Azran juga merupakan seorang psikopat yang suka menipu. Azran memasang hasrat untuk merampas legasi Solis sekaligus menjatuhkan keluarga Dato’ Ghafar.

Kehadiran Elizad Sharifuddin &Amp; Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Hati Yang Dikhianati

Sehingga kini, drama ini sudahpun bersiaran lebih 100 episod menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) atau strim di aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Berbicara mengenai pembaharuan yang diperkenalkan dalam naskhah ‘Hati Yang Dikhianati’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata, “Seperti yang semua sedia maklum, drama ‘HYD’ mengetengahkan format interaktif ‘open-ended’ yang memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan drama tersebut. Bukan itu sahaja, jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.

Format unik inilah yang membezakan ‘HYD’ dengan naskhah adaptasi lain yang pernah diterbitkan sebelum ini. Setelah mengambil kira reaksi dan maklum balas daripada penonton, kami mengambil keputusan untuk membuat perubahan baharu kepada jalan cerita untuk disesuaikan dengan kehendak penonton.

Sudut penceritaan yang sarat dengan konflik dramatik dan mainan emosi ini dilihat bakal menjentik jiwa penonton yang sudah mengikuti kisah ini sejak awal lagi. Semoga ‘plot twist’ yang diperkenalkan ini dapat menghiburkan petang anda. Selamat menonton!”

Turut mengulas, Bade Hj. Azmi selaku Pengarah Drama ‘HYD’, berkata, “Setelah sesi perbincangan dengan pihak Astro, kami mencapai kata sepakat untuk memperkenalkan watak-watak baharu untuk memberi kelainan segar daripada segi jalan cerita yang sarat dengan konflik menarik.

Kehadiran watak Tasya dan Azran yang dijayakan oleh Elizad Sharifuddin dan Iqram Dinzly bakal membawa konflik baharu yang kita tidak ketahui sebelum ini. Iqram membawa watak antagonis yang menambah beban pada watak Maria lakonan Mona Allen. Secara peribadi, saya rasakan jalan cerita yang mempunyai konflik-konflik seperti ini digemari oleh penonton. Manakala konflik yang dicetuskan oleh Elizad pula akan melibatkan hubungan cinta di antara hero dan heroin iaitu Isyariana dan Amar Bahrin.

Daripada sudut imej dan lakonan, pemilihan kedua-dua pelakon ini amat tepat kerana mereka mempuyai aura dan pengaruh yang tersendiri. Mereka juga cukup berdisplin dan komited sekaligus memudahkan urusan sewaktu di set penggambaran.

Sebagai pengarah, ini merupakan drama paling panjang saya pernah buat daripada segi jumlah episod dan masa penggambaran. Setahun kita melakukan penggambaran, berhenti dan sambung kembali. Ada pertukaran pekerja dan penambahan pelakon dan ini semua memberi warna kepada saya. Sebenarnya, lagi lama kita terlibat dengan sesebuah projek, semakin kukuh chemistry yang terbina dan hubungan yang terjalin. Semoga keserasian ini berpanjangan.”

Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Wan, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam Noor, Fendy Bakry serta ramai 

Sebagai bonus, single terbaharu penyanyi Kaka Azraff berjudul ‘Janjiku’ turut diangkat menjadi lagu runut bunyi untuk drama ini.

Penceritaan drama ‘HYD’ mengisahkan tentang perhubungan Elyas dan Lisa yang terus diduga. Kali ini dengan kehadiran Samir yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. Kemunculan Tasya yang cuba mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula mengubah perasaannya. Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka.

Kebenaran tentang Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar yang kini berantakan. Azran, seorang lelaki misteri yang muncul dan mula mengganggu hidup Maria sekaligus membuka kisah lama. Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Jual Tudung | 20

Fazura Pernah Kena Body Shaming Selepas Kelahiran Anak Pertama

Saiful Jaicob

Saiful Jaicob Menghidupkan Semula Lagu Etnik Sabah