in , ,

Iqram Dinzly Minta Reen Rahim Duduk Je Kat Rumah Belajar Masak?

Pelakon Iqram Dinzly menasihatkan aktres Reen Rahim supaya duduk di rumah dan belajar memasak jika tidak tahan melakonkan babak lasak.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqram turut meminta Reen tidak menjadi insiden dicekik aktor Fezrul Khan ketika menjayakan penggambaran baru-baru ini sebagai isu besar sebaliknya perlu bersikap kental.

“Buat Reen, saya percaya dengan aksi cekik mencekik ia membantu anda untuk lebih maju ke depan dalam dunia lakonan. Dalam bisnes kita kena terima untung atau rugi itu tetap untung. Pengalaman tidak boleh dijual beli namun jangan sampai mencacatkan atau mencederakan diri.

“Kalau tak lasak nak manja-manja dok rumah belajar memasak. Apa pun dalam industri seni ni kita kena belajar tabah dan reda serta pertingkatkan prestasi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Iqram berkata dia yakin Fezrul menggunakan teknik yang betul dalam menjayakan babak berkenaan.

“Takkanlah Fezrul tak waras nak cekik betul-betul. Boleh tengok, dia guna teknik yang betul. Dia bukan baru setahun jagung tak tahu caranya.

“Masalahnya, orang disekeliling yang tiada ditempat kejadian sering melontarkan persepsi yang buruk dan tanggapan yang tak betul,” tulisnya.

Sementara itu, memetik Kosmo, Reen bagaimanapun enggan memperbesarkan isu dicekik Fezrul apabila sudah pun memaafkan pelakon lelaki itu.

Kata Reen lagi, insiden yang berlaku itu sudah dianggap selesai walaupun mengakui sedikit ralat apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan tersebut serta beranggapan kejadian tersebut sebagai daripada proses penggambaran.

“Saya sangat profesional. Apa yang berlaku (dicekik) sebenarnya perkara kecil sahaja. Selepas habis sahaja insiden itu, tak sampai 10 minit saya kembali okey.

“Saya ada mesej dia secara peribadi dan tunjuk video sebagai bukti bahawa saya benar-benar sakit. Saya bukannya mahu bersikap kurang ajar. Namun dia tidak mengaku salah dan mengatakan bahawa perkara itu tidak benar-benar berlaku,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemain Sayap JDT, Safawi Rasid Kini Sah Bergelar Suami Syifa Melvin

Apple Dikatakan Berhenti Mengiklan Pada Platform Twitter