in

Ida Nerina Jadi Guru Seni Persembahan dan Lakonan di Akademi Fantasia 7

Budiey nak ucapkan tahniah buat pelakon sensasi Ida Nerina sebab terpilih menjadi guru seni persembahan dan lakonan dalam AF7. Pelakon filem yang lahir pada 13 Januari 1966 ini akan ditugaskan untuk membantu pelajar mendalami dan menghayati lirik serta cara-cara penguasaan emosi dan pembinaan karakter di pentas semasa menyanyi. Untuk info pembaca, Ida (sebut: Aida) mendapat pendidikan BSc In Business Administration dari International University England-Watford. Ida Nerina pernah berlakon dalam filem Wayang, Hati malaya, Anak, Los & Faun, Susuk, Gubra, Sepet, Gerak Khas The Movie 2, Selubung dan Mimpi Moon. Pernah beberapa kali dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia.

Budiey menjangkakan peserta Amazing Race Asia musim ketiga ini antara tarikan utama AF7 kali ini kerana ramai yang mahu lihat scene-scene dramatik serta apakah transformasi atau pendekatan yang dibuat oleh Ida Nerina. Selamat maju jaya, Ida!

3270006997 Aaf9749Ef7 | 3

Elegan

3270823330 232455E1F3 | 4

Suka tengok Ida kecek Kelate dalam filem Wayang.

3270825136 A3F7C17416 | 5

Ida Nerina bersama Khairul Mizan, pengurus saluran Astro Ria

3270826270 09Ebfca9F0 | 6

Ida bersama pengarah muzik Acis dan guru tari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sarimah Ibrahim di Sidang Media Akademi Fantasia 7

Pure Salt Dead Sea Selesaikan Masalah Kesihatan Anda