in

Gambar Fizow @ Sidang Media Pesona Nona Musim Ke-3

Ketika menghadiri sidang media Pesona Nona Musim ke-3 di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada 22 Disember lalu, Budiey ada bertemu dengan Fizow atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 23 tahun. Pemenang tempat kedua dalam Hero Remaja tahun 2008.

3135984046 2Ac97D30Cc O | 4

Budiey ada dengar cerita, pelakon yang semakin laris ni dah ada kekasih baru. Dulu, Budiey ingat Fizow bercinta dengan Ainul Aishah. Tapi sangkaan meleset sebab Ainul tak mengaku yang diorang pasangan kekasih. Cuma diorang kawan baik aje. Tup tup, Fizow Omar kini sudah temui cinta baru. Sejak jumpa buah hati yang diidam-idamkan selama ini, saban waktu mereka bersama. Siapa agaknya?

Malah dia tak berenggang dengan buah hati yang baru dimiliki. Kalau ke lokasi pun pasti akan diseretnya bersama-sama. Jangan terkejut, kekasih baru Fizow tu bukannya seorang manusia tetapi sebuah kamera.

“Saya memang meminati dunia fotografi dan kamera serjak dulu lagi. Dulu saya pakai kamera ringkas sahaja, sekarang barulah saya miliki kamera yang lebih canggih.”

Pelakon yang kian galak beraksi dalam drama TV ini sedang meletop dengan drama bersiri Puteri Salju yang menghiasi slot Legenda di TV dan TV9. Antara drama yang bakal muncul tidak lama lagi ialah Gadis Merah Jambu, Kau Curi Cintaku dan banyak lagi.

3135153067 74B61B3Dfb | 5

3135151213 0A19560156 | 6

3135155167 83F012Ab62 | 7

Ini dia kekasih baru Fizow ek?

3135156363 B99D119Cb5 | 8

Bertukar pasangan nampak? Ish…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amelia, Siti Elizad, Tomok, Pija, Rain Masuk OIAM

Gambar Amy Mastura @ Party KLIK VIP Suria 2008