Amelia, Siti Elizad, Tomok, Pija, Rain Masuk OIAM

One In A Million (OIAM) sekarang dah pun berlangsung. Bermula dengan sesi ujibakat dan seterusnya elimination stage. Penyingkiran dalam Top 80, bunyi ceritanya, ada lebih kurang 30 artis yang datang ujibakat. Yela, nasib tuah ni manalah tahu kan. Cuba dulu, itu yang penting.

Budiey nak ucapkan tahniah kepada artis dan selebriti yang tak segan silu menyertai program realiti ini. Antara artis yang nak menang wang sejuta dalam One In A Million kali ini ialah Amelia, Siti Elizad, Tomok, Pija, Farah, Abod, Zana, Ery Putra dan Rain.

Bagi Rain, target untuk berjaya dipilih untuk peringkat Top 25 pun dah okay sebab peringkat itu akan mendapat liputan meluas dan akan dikenali. OIAM bagi artis baru ini adalah batu loncatan untuk mengetengahkan bakat dan kebolehannya dalam meraih nama dalam industri. Untuk Rain, beliau rasa bertuah sebab syarat 5 buah lagu dalam Anugerah Industri Muzik dah layak untuk dicalonkan. Sekarang, Rain sedang mengusahakan album terbarunya.

Kritikan paling pedas diterima dari Paul Moss tentang vokal dan pitching. Namun, Shafinaz pula banyak membantu Rain dalam memperbaiki vokal dan mutu suara. Budiey nak ucap good luck kepada semua artis yang akan masuk OIAM.

Rain ketika Budiey temui di Showcase Imran Ajmain di Annexe

Rain semasa hadir di Showcase Farah Asyikin di Plaza TTDI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pengacara Muzik-Muzik Adzriefaiz Azlan Jadi Pelakon Gadis Cuci

Gambar Fizow @ Sidang Media Pesona Nona Musim Ke-3