in , ,

Gambar Fasha Sandha & Anzalna Nasir Undang Kontroversi

[dropcap]B[/dropcap]eberapa hari yang lalu, Fasha Sandha telah memuat naik gambar dia bersama Anzalna Nasir ke dalam akaun Instagram miliknya dan gambar ini telah menjadi perbualan hangat. Kecohlah diorang nih. Kerana sekeping gambar telah mengundang kata-kata kurang sopan daripada peminat yang meninggalkan komen pada gambar tersebut, terutamanya peminat lelaki. Apa yang pelik sangat gambar tu, okay, sila tengok betul-betul gambar kat bawah ni, apa pendapat korang pulak? Jangan pandang lama sangat nanti kurus puasa korang.

anzalna fasha

Anzalna yang beranggapan hanya orang yang berfikiran cetek dan kotor sahaja yang melemparkan komen-komen negatif.

“Sebenarnya, ketika gambar itu diambil, kami sedang menjalankan penggambaran drama bersiri ‘Tentang Hati’ di Port Dickson. Sewaktu gambar ini diambil, angin bertiup kencang. Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut.”

“Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuat naik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha.”

“Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi.”

Dalam perkembangan lain, kini Anzalna sedang menghabiskan penggambaran drama bersiri ‘Tentang Hati’ yang masih berbaki beberapa babak. Selepas ini, Anzalna bakal berehat sempena bulan Ramadan dan hanya akan muncul dalam acara-acara amal sempena majlis berbuka puasa. Sumber: Portal GUA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ Lin Suria Cinta Kini Trauma Kemalangan Jalan Raya

Ulasan Album Hijjaz Berkonsep Pop Rock Berjudul JANJI