in

Gambar Dynas Mohktar di Karnival Karangkraf 2012

Semalam, hari Sabtu, Budiey sempat singgah ke Karnival Karangkraf 2012 yang diadakan di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Memang lokasi ini diserbu oleh ramai orang. Tak hairanlah, susah betul Budiey nak cari tempat untuk parking kereta. Namun, ia tak jadi alasan kerana sekali sekala je kan. Tambah lagi, inilah pertama kali Budiey menjejakkan kaki di Karangkraf. Padahal, ramai betul kawan-kawan media yang bekerja kat sini.

Sedang melilau-lilau tengok apa yang ada kat sana, Budiey bersua dengan pelakon, model dan usahawan berjaya, Dynas Mokhtar. Oh, lihat pada perut Dynas dah membonyot tu, rupanya Dynas dah mengandung anak ke-2. Good luck Dynas ya. Tak lama lagi puteri sulungnya, Khyra Khalyssa dah ada adik baru la ya.

Dynas Mokhtar hadir untuk mempromosikan butiknya yang berkonsepkan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) yang terletak di pusat membeli belah The Curve.

Beralih kepada butik yang baru beroperasi itu, pemenang kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008 ini begitu teruja apabila butik yang diusahakannya itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Maklum balas itu, katanya, menunjukkan wanita kini begitu prihatin untuk menyusukan bayi mereka.

Dynas menggayakan busana baju yang ada di Dynas Nursing Attire (DNA).

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun

Gambar Fizo di Karnival Karangkraf 2012