in

Filem George Of The Jungle & Spiderman di TV2

SLOT CINEMA ON 2 : KHAS CUTI SEKOLAH JANJIKAN 3 FILEM POPULAR DI TV2

Istimewa sepanjang cuti persekolahan Disember ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot popularnya, Cinema On 2 memilih untuk menghidangkan filem-filem menghiburkan yang menjadi adiwira kepada golongan pelajar-pelajar. Malah tiga filem yang dipilih juga khas tontonan seisi keluarga untuk meluangkan waktu senggang mereka. Di samping bergelak ketawa dengan jalan carita menghiburkan, filem-filem ditayangkan ini secara tidak langsung sarat dengan pengajaran berguna.

Slot Cinema On 2 bersiaran setiap Rabu, jam 10.00 malam di TV2 menjanjikan filem George Of The Jungle (9 Disember 2009), Spiderman (16 Disember 2009) sebelum diakhiri dengan filem Spiderman 2 (23 Disember 2009).

George Of The Jungle sebuah filem popular 1997 arahan Sam Weisman ini berkongsi kisah yang diadaptasikan daripada karektor siri kartun TV Jay Ward’s menghidupkan watak lelaki dikenali George lakokan berkesan pelakon hebat Brendan Fraser yang mampu memahami bahasa haiwan termasuklan sahabat baiknya, gorila dan gajah di hutan.

Lakonan bersahaja Fraser berkembang menggambarkan kehidupan yang dilaluinya Taman Nasional Bakuvu terletak di Afrika. Begitu pun George mengalami kesukaran kerana dirinya tidak mampu bergayut di pokok dan situasi menjadi huru-hara dan melucukan apabila saban hari dia berdepan situasi seperti terlanggar pokok yang menyebabkan dirinya cedera. Namun George tidak putus semangat apatahlagi mendapat sokongan teman-teman baiknya yang juga haiwan-haiwan di taman itu.

Selain Brendan Fraser, filem menghiburkan ini turut dibintangi Leslie Mann, Thomas Haden Church, John Cleese, Richard Roundtree dan Greg Cruttwell.

Kemudiannya menyusul dua siri hebat Spiderman dan kesinambungannya Spiderman 2 mengisi slot sama. Spiderman mengisahkan Peter Parker dilakonkan wataknya oleh aktor kacak Tobey Maguire diadaptasikan daripada watak komik superhero. Dia seorang penuntut di sekolah tinggi yang dianggap ’lurus’. Membesar sebagai anak yatim tambah menyiksakan apabila dirinya turut menjadi mangsa buli kanak-kanak lain. Malah dia sukar untuk bergaul mesra dengan anak jirannya, Mary Jane Watson. Begitu pun satu hari secara tidak sengaja dirinya terkena radio aktif labah-labah yang menggigitnya. Sejak itu kehidupannya mula berubah dalam situasi yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapapun. Perubahan dalam dirinya membuatkan Peter mampu bergayut di dinding seperti labah-labah. Namun kehidupannya diancam lelaki bernama Green Goblin yang mahu membunuhnya. Mampukah Peter bertahan dengan cabaran hidup diterimanya?

Spiderman memperkenalkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Tobey Maguire, Willem Dafoe, Kirsten Dunst, James Franco, Cliff Robertson dan Rosemary Harris.
 
Mengekalkan pelakon sama, slot Cinema On 2 kembali seminggu kemudiannya dengan Spiderman 2 yang memaparkan kesinambungan plot filem popular ini pada situasi setelah dua tahun Peter memiliki transfomasi kuasa lelaki ‘labah-labah’. Dalam situasi itu, dia masih cuba untuk memastikan kehidupannya seimbang dan sempurna. Pada masa sama kasih sayang dan cintanya semakin mendalam terhadap kekasihnya, Mary Jane. Hubungannya dengan Harry Osborn tergugat kerana sewaktu remajanya, Harry pernah kecewa kerana ayahnya gagal diselamatkan oleh Spiderman yang menyebabkan kematian.

Begitu pun sepanjang menjalani kehidupan sebagai superhero, dirinya turut berdepan dengan musuh dikenali Doktor Otto Octavius yang terlibat dalam kemalangan ngeri yang mendatangkan bahaya kepada Doktor Otto Octavius.

Janji lupa janji temu anda menyaksikan tiga filem menghiburkan khas untuk tontonan seisi keluarga ini khas sepanjang cuti persekolahan ini hanya di Saluran Dunia Ria, TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Geng Pengembaraan Bermula di TV9

Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009