in ,

Gambar Bayi Anak Pertama Pelawak Nabil Ahmad

[pullquote align=”right”]Siapa yang tak happy kalau dapat dan dikurniakan bayi. Itu satu anugerah Tuhan.[/pullquote]

[dropcap]B[/dropcap]udiey nak ucapkan Tahniah diucapkan kepada pelawak, pengacara serta penyampai radio Suria FM, Ahmad Nabil bin Ahmad atas kelahiran cahaya mata sulung jam 8.40 pagi tadi. Comel betul anak Nabil. Tengoklah ibunya cantik, bapanya pula kacak. Hehe 🙂

Bayi perempuan comel seberat 2.67kg yang dilahirkan melalui pembedahan ini selamat dilahirkan oleh isteri Nabil, Nazirah Ayub di Klinik Umra, Shah Alam.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Nabil yang baru berusia 29 tahun, di akaun Twitter miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah wife saye dah deliver baby gurl seberat 2.67kg pada jam 8.40 pagi 25/11/2012 tq for the wishes..alhamdulillah”

Tahniah Nabil Dapat Anak Perempuan!

Gambar Bayi Anak Pertama Pelawak Nabil Ahmad

[dropcap]N[/dropcap]abil mengakui terkejut menyambut kelahiran anak perempuannya pada pagi Ahad yang dilahirkan lebih awal daripada jangkaan.

Menurut Nabil, perasaan itu wujud kerana anak yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan isterinya Nazirah Ayub, 24, bersalin iaitu pada pertengahan Disember depan.

Menurutnya, anak sulungnya itu selamat dilahirkan pada pukul 8.40 pagi menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, dekat sini selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.

“Sebenarnya, saya masih terkejut dan rasa hendak menangis kerana tidak jangka dia (isteri) akan bersalin secepat ini. Kalau mengikut perkiraan dia dijangka bersalin dalam tempoh tiga minggu lalu. Memandangkan kelahiran ini berlaku secara mengejut, saya masih belum sempat ambil cuti kerana ikut perancangan saya akan mula bercuti pada Disember nanti.”

Pengacara program MeleTop itu berkata, dia berasa gembira dengan kelahiran itu turut mengakui debaran untuk menjalani fasa baru kehidupan sebagai seorang bapa.

“Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya selamat dan terkawal. Namun, saya juga berasa gementar dan berdebar untuk bergelar bapa.InsyaAllah, saya akan menyesuaikan diri secara perlahan-lahan. Yang penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat,” luahnya.

Ditanya mengenai nama pilihan untuk anak perempuan itu, Nabil berkata, dia dan isteri masih belum menetapkan sebarang nama pada waktu ini kerana kelahiran yang berlaku secara mengejut.

“Kami belum ada pilihan nama untuk anak ini lagi kerana tidak sangka kelahiran berlaku terlalu awal. Kalau ikutkan, kami memang buat persiapan untuk bulan depan.

“Kalau hendak tahu, saya dan isteri baru sahaja membeli buku panduan nama-nama Islam ketika kami keluar bersama pada malam tadi (malam Sabtu).

“Belum sempat pun saya selak nama-nama yang sesuai, anak sudah lahir. Tunggulah sehari dua lagi baru saya akan berikan nama.”

Gambar Anak Nabil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Party 20 Yang Anggun & Disenangi Majalah EH 2012

Airasia Celebrates 11th Anniversary With Low Fares