in ,

Gambar Ashraf Muslim di Sessi Ramah Mesra Drama Yusuff

Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsung satu sessi beramah mesra dengan pelakon Drama Yusuff di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur. Ramai pelakon utama hadir, antaranya, Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali, Intan Sarafina, Betty Benafe, Adam Anuar, Puteri Fateen dan Zed Zaidi. Budiey sempat menemubual Ashraf Muslim, pelakon utama yang kian mendapat tempat dan menjadi rebutan pengarah.

Drama arahan Hitler Zami ini akan menemui penonton mulai 4 mac setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam di TV3, menggantikan slot Samarinda yang kini menayangkan Rozana. 

Apa relevannya pemilihan Ashraf Muslim sebagai Yusuff? Khabatnya, pemilihan bertepatan dengan penampilan imej good looking dan juga karakter Yusuff yang sudah ada dalam jiwa Ashraf.

3310925221 36F9664120 | 4

Dalam drama yang diadaptasi dari kisah Nabi Yusuff ini, Ashraf Muslim membawa watak Yusuff. watak utama dan satu tanggungjawab besar untuk Ashraf Muslim membuktikan kemampuannya. Sebelum ini, Ashraf Muslim pernah memegang watak utama dalam drama slot Seram iaitu Puaka Niang Rapik. Kali ini, banyak kelainan yang terpaksa ditempuhi di mana banyak adegan ketika dalam penjara dan selepas keluar penjara, watak Yusuff agak berat untuk dibawakannya. Cabaran dalam membawa watak Yusuff, Ashraf terpaksa melalui ada dua fasa iaitu 16 tahun dan umur 28 tahun di mana mentaliti dan perasaan berlainan untuk kedua-dua fasa.

Sisi watak Yusuff, Ashraf perlu membawa watak seorang pemuda yang bijak, jujur, panjang akal, berhikmah, sangat kreatif dan sangat optimistik. Apatah lagi, Yusuff digeruni setiap insan tak kira lelaki dan perempuan akan tertarik dan akan berkawan dengan Yusuff. Ashraf mengatakan dia sangat puas membawa watak ini sebab karakter Yusuff menjadikan Ashraf lebih bersedia untuk lebih belajar dan buat homework.

Sekarang, Ashraf Muslim sibuk dengan pengambaran Jangan Pandang Belakang The Series.

Budiey: Tadi, Ashraf Muslim mintak kad jemputan dari Budiey… Mana siap lagi… baru je nak buat. Lepas siap nanti kita jemput awak dan Sherry Ibrahim sekali!Tak datang Kelantan, siap la korang! Haha

3311755544 F24Cee5077 | 5

Matang

3310926249 4891Eb2156 | 6

Yusuff, bijak, kacak dan menjadi rebutan ramai

3310927009 E6Cc799760 | 7

Bersama Betty Benafe yang memegang watak seorang ibu yang terpikat dengan anak. Dahsyat tengok Betty Benafe goda Yusuff.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestary Dalam Sehati Sejiwa

Misha Omar Berlakon Dalam Drama Siri Julia Juli