in , ,

Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin

Di bulan Ramadan, Ashraf Muslim sekarang ini sedang menghabiskan sisa-sisa babak lakonannya dalam drama Niyang Rapik arahan Ahmad Idham. Khabarnya, masih ada 8 hari lagi pengambaran di Hulu Langat. Niyang Rapik adalah sebuah drama seram yang akan menghiasi slot Seram Kekasihku Seru pada bulan November ini. Liyana Jasmay dan Zarina AF juga ada berlakon dalam drama ini.

Manakala, Sherry Ibrahim juga sekarang ini juga sedang sibuk dengan drama di samping rakaman untuk program raya dan menghadiri jemputan berbuka puasa.

Gossip hangat yang Budiey baca dalam sebuah majalah mengatakan Ashraf Muslim dan Sherry telah putus cinta sebab ada orang ketiga. Sherry pernah cakap kat Budiey yang dia telah disabotaj… oleh orang yang tidak puas hati dengan Sherry yang begitu menghargai persabahatannya dengan Ashraf Muslim.

Apa yang Budiey harapkan, seandainya benar gossip ini, janganlah putuskan tali persahabatan kalian. Kawan tetap kawan. Yang Budiey perhatikan, Ashraf masih lagi macam dulu, sentiasa bertanya khabar dan berhubung dengan Sherry. Manakala, Sherry pula mengaku yang dia ada berkawan dengan anak seorang VIP tetapi tidaklah sampai bercinta… mmm… mana satu nak percaya ni, kata peminat, kata media, kata artis tu sendiri?

2111145933 9273B66F10 O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Cinta Yang Sempurna – 6ixth Sense feat. Noe Letto

Video Sekitar Pengambaran Hari Pertama Filem Syirik: Part 1