in

Gambar Anak Sulung Sari Yanti Barr Al Aliy

Tahniah Budiey ucapkan buat pelakon Sari Yanti kerana telah bergelar ibu kepada bayi lelaki yang diberi nama Barr Al Aliy.

Padal 10 Julai lalu merupakan detik paling manis dan berharga bagi pelakon serta pengacara, Sari Yanti Mohamad Nazari atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti, apabila telah bergelar ibu kepada seorang putera comel.

Sari Yanti

Rumahtangga yang dibina oleh Sari bersama Mohd Eddy Casmady sejak Januari tahun lalu kini diserikan dengan kehadiran permata sulung mereka yang diberi nama, Barr Al Aliy.

Barr dilahirkan seberat 3.1 kilogram secara normal pada jam 3.30 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Nama Barr Al Aliy dipilih oleh Sari dan suami yang merupakan antara 99 nama Allah. Kehadiran Barr sesungguhnya melengkapkan serta mengubah kehidupan pelakon yang popular dengan drama siri ‘Kisah Kaisara’ ini.

“Kehidupan Sari kini berubah. Pada mulanya memang tak percaya dah jadi emak, namun sekarang Sari adalah emak. Sari gembira sangat-sangat,” ujar Sari ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

“Suami merupakan orang yang paling gembira dan teruja. Sari bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami dan banyak membantu Sari dari mengandung sehinggalah saat sekarang.”

Menurut pengacara ‘Chopp!!’ ini lagi, beliau dan bayi kini dalam keadaan sihat. Sari masih lagi sedang berpantang di rumah ibunya. Sepanjang mengandung, berat Sari naik 21 kilogram, jadi Sari kini dalam usaha nak kembali kepada berat badan asal. InsyaAllah, Sari akan aktif balik selepas habis pantang. Untuk sekarang, Sari mungkin akan berehat dulu dalam dua, tiga bulan. Lagipun baby masih kecil dan perlukan perhatian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Khas Radio RTM Ramadan & Merdeka 2010

RTM Sajikan Program Menarik Sepanjang Ramadan 1432H