in ,

Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton

[dropcap]A[/dropcap]khirnya penyanyi Ning Baizura dan suaminya, Omar Shariff Christopher Layton Dayton telah memperkenalkan putera pertama mereka yang bernama Ryan Sky Dalton pada satu majlis yang diadakan Neo Tamarind, Jalan Sultan Ismail jam 3 petang kelmarin.

Budiey pun rasa tak sabar untuk melihat rupa paras Syan Sky sebab dari saat kelahiran sehinggalah saat diperkenalkan semalam, sebelum tu memang NIng tak siarkan gambar di laman sosial miliknya. Kiranya, dua tiga bulan jugaklah Ning berjaya menyembunyikan putera sulung mereka untuk tatapan semua.

Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton

[pullquote align=”right”]Ryan Sky Dalton selamat dilahirkan pada 31 Januari 2013 pada jam 3.06 pagi dengan berat 3.47kg. Tarikh itu cukup bermakna kerana ia merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinan Ning dan Omar.[/pullquote]

Difahamkan selama ini, Ning hanya kerap merakamkan video gelagat Ryan di telefon bimbitnya untuk dikongsikan bersama suaminya yang kerap berada di luar negara atas urusan kerja.

Pertama kali tengok gambar anak pertama Ning Baizura ni, Budiey rasa, Ryan Sky memang ikut rupa paras bapanya. Warma kulitnya dan wajahnya memang wajah mat salleh.Kan?

Ternyata Ning ada alasannya sendiri, kenapa tidak perkenalkan anaknya selepas melahirkan seperti yang dibuat oleh selebriti lain, ada yang bergambar di atas katil bersama baby mereka. Bagi Ning, beliau mahu patuh pada pesanan ibunya. Betul jugak tu, lebih baik bawa baby tu selepas 3 bulan, biar dia membesar dan comel sikit, barulah boleh bawa jalan-jalan dan perkenalkan kepada semua.

“Kami enggan memperkenalkan Ryan kerana mengikut pesan ibu saya. Katanya, biarlah bayi kami tu berusia tiga bulan, barulah boleh kalau hendak bawa atau perkenalkan kepada semua.”

Ning melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk memperkenalkan Ryan setelah berumur tiga bulan akhirnya terlaksana. Dalam masa yang sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana menghormati keputusannya untuk memperkenalkan Ryan di awal kelahirannya.

“Alhamdulilah, hari ini adalah hari memperkenalkan intan payung gunung meletup kami (gelak), Ryan Sky Dalton. Ini kali pertama saya menjadi ibu dan kali kedua buat suami, Chris.. Ini kali pertama saya menjadi seorang ibu, manakala pengalaman kedua Chris menimang cahaya mata. Terima kasih kepada pihak media kerana menghormati keputusan kami sebelum ini. “

Dalam masa yang sama, Ning juga berkongsi keseronokkannya bergelar seorang ibu. Jelas Ning, pengalaman menjadi ibu adalah sesuatu yang tidak boleh diperolehi daripada buku.

“Seronok menjadi ibu. Ia satu pengalaman yang kita tak boleh dapat daripada buku. Saya bersyukur kerana suami dan ibu saya banyak memberi sokongan dalam hal-hal penjagaan bayi. Saya mungkin bukanlah ibu yang terbaik, tapi saya akan cuba memberikan yang terbaik.”

Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton

Selain memperkenalkan anaknya, majlis itu turut menyaksikan pelancaran video muzik lagu terbarunya, ‘Pelangi Untukmu’ yang dicipta dan ditujukan khas untuk buah hati sulungnya itu.

Ryan Sky Dalton selamat dilahirkan pada 31 Januari 2013 pada jam 3.06 pagi dengan berat 3.47kg. Tarikh itu cukup bermakna kerana ia merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinan Ning dan Omar. Ning Baizura melahirkan anak diusianya 38 tahun dan suaminya pula berusia 37 tahun.

Dalam perkembangan lain, Ning Baizura juga baru menandatangani kontrak bersama Universal Muzik Malaysia sebagai artis rakaman. Menurut Ning, banyak perancangan yang akan disusun khas untuk peminat-peminatnya. Bagaimanapun, Ning mahu menurunkan berat badannya terlebih dahulu sebelum kembali aktif.

Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton

Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton

Kredit Photo: Rentak Sejuta

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3

Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat