in

Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3

[dropcap]N[/dropcap]ama Mohd Saiful Bukhari memang tidaklah asing bagi kita. Rasanya semua orang kenal dia. Sebelum ini Saiful telah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008. Saiful Bukhari pernah bekerja sebagai pembantu peribadi Anwar.

SAIFUL TUNANG

Terbaru, Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telah pun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu.

Berita ini diakui sendiri oleh tunang beliau iaitu Nik Suryani.

“Kami sudah pun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat.”

Nama Saiful Bukhari tidak tenggelam di situ, beliau sekali lagi tampil dengan video sumpah di depan Kaabah. Ada yang mengatakan video tersebut adalah video palsu atau yang telah diedit dengan teknik super-impose.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimana pun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu. Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu. Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar itu.

Semoga majlis nikah beliau berlangsung dengan lancar. q

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH

Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton