in

Gambar Amy Mastura di Prebiu Filem Damping Malam

Filem terakhir Metrowealth MIG untuk tahun 2010, Damping Malam telah pun dipertontonkan kepada media jam 10 pagi semalam di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Filem yang bakal ditayangkan mulai 30 Disember 2010 ini adalah filem arahan dan lakonan Ahmad Idham. Ya, filem ini menyaksikan Ahmad Idham sebagai penggerak utama bergandingan dengan Amy Mastura.

Kali terakhir Budiey jumpa Amy Mastura masa Prebiu FIlem Aku Tak Bodoh di mana dalam filem tu Amy membawa watak seorang ibu. Dan watak yang sama juga iaitu sebagai ibu dijelmakan semula oleh Amy dalam filem Damping Malam. Bezanya, peranan Amy dalam filem Damping Malam agak lain sedikit.

Amy memegang watak sebagai Ku Khaira, seorang ibu yang sepi, selalu ditinggalkan oleh sang suami lakonan Ahmad Idham. Dahlah sunyi, Ku Khaira terpaksa berpisah pula dengan anaknya, Nuraiza lakonan Erynne Erynna.

Sempena dengan 23 hari lagi sambutan ulangtahun budiey.com ke-4, Amy Mastura juga turut kasi ucapan:

Temubual bersama Amy Mastura. Bicara tentang lakonannya dalam Damping Malam:

Terima kasih Amy.

Amy Mastura

Amy Mastura

Amy Mastura

Amy Mastura

Amy Mastura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alibi Music Lantik Boombox Republic Sebagai PR

Jom Meriah Viewing Party Chelsea vs Manchester United