in

Jom Meriah Viewing Party Chelsea vs Manchester United

Kalau Budiey tak war-warkan kat sini, rasanya korang dah tahu tentang Chelsea akan melawan Manchester United pada hari Ahad ini. Ramai yang tak sabar nak tengok pasukan pilihan masing-masing berentap.

Tapi Budiey rasa nak war-warkan juga untuk info korang. Sebab Budiey antara peminat Manchester United. Kepada penyokong Chelsea, jangan marah ya. Hehe. Agak-agak, pasukan mana yang akan menang ek? Budiey rasa, tentu lah Man United yang menang. Hehe.

Sempena dengan perlawanan yang pastinya hebat ini, Budiey dapat tahu TM akan menganjurkan Viewing Party Chelsea vs Manchester United pada hari Ahad ini, 19 Disember 2010 di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya dari jam 12 tengahari hingga 2 pagi.

banner

Yang gempaknya, kalau korang nak tahu, viewing party ini akan memecahkan rekod iaitu viewing party TV skrin paling BESAR di Asia Tenggara! Dahsyat tuh. Budiey pun tak tahu besar mana skrin tu.

Informasi ni sebenarnya Budiey dapat tahu semasa melayari laman web Everyone Connect semalam. Di situ juga Budiey dapat banyak info tentang perlawanan dan berita terbaru tentang Manchester United.

chelsea

Chelsea VS Man United

manchester_united_logo

Kepada penyokong MU, jangan lupa layari laman Everyone Connect dari TM ini sebab banyak info atau berita terkini akan dipaparkan. Jadi, korang boleh tahu berita terbaru dan apa yang berlaku sebelum perlawanan ini di ruangan page The Stadium di website EC.

Sambil melayari, lepak dan baca bahan menarik di situ, apa kata korang meriahkan ruangan komen di ruangan Kopitiam dengan melontarkan komen-komen korang jugak kat situ. Barulah best dan happening, kan? Komen tu akan dibaca juga oleh semua pelayar dan korang dapat mencari kenalan baru yang terdiri dari penyokong pasukan yang sama. Cakap pasal cari kenalan ni, korang juga boleh berchit chat dengan semua pelayar yang lain. Amacam, best tak?

Budiey pun ada jugak lepak-lepak kat situ. Tegur-tegurla Budiey ya kat sana.

Selain itu, korang boleh dapatkan juga merchandise terbaru yang eksklusif dari TM Man United dan layari di ruangan FAN ZONE seats di mana korang boleh sign up untuk macam-macam lagi produk dan servis TM kat situ.

Kepada penyokong Man United mahu pun Chelsea, rajin-rajinlah lawat Fanpage Everyone Connect. Mana tahu, nasib untung korang, dapat wristband EC yang cool tu di TM booth.

Jadi, jangan lupa hadir di Viewing Party Chelsea vs Man United pada hari Ahad ini di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya dari jam 12 tengahari hingga 2 pagi.
Jumpa korang kat sana, okay?

Apa-apa jom layan : Everyone Connect

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Amy Mastura di Prebiu Filem Damping Malam

Mohamad Azizulhakim Juara Detik Bersama Handycam