in

Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM

Konsert Kemuncak Suria FM telah pun berlangsung dengan jayanya di Presint 3, Dataran Putrajaya dengan dihadiri oleh lebih kurang 40 ribu penonton! Dikatakan ia adalah satu jumlah yang paling besar untuk sesebuah konsert yang diadakan di Dataran Putrajaya.

Budiey nak ucapkan tahniah buat radio yang kini mengangkat irama 90an dan yang terbaik, SURIA FM yang malam tadi menggabungkan seramai 17 orang artis popular tahun 90an dan juga artis baru yang memberikan impak yang begitu membahang.

Tahniah juga kepada Nurfatin Nabila Bt Noorsazley, 19 tahun dari Kluang, Johor kerana terpilih sebagai pemenang bertuah yang diberikan peluang untuk naik ke pentas dan menyanyikan bersama penyanyi kesayangannya, Alyah dengan menyanyikan lagu Realiti Dewi.

Di Konsert Kemuncak Suria FM, penyanyi yang begitu stailista dan stailo seperti biasa tampil dengan fesyen yang bikin orang melopong melihat beliau… Fesyen rekaan bergaya dari Amy ini dan menggunakan solekan dari Bosco.

Sempat berbual seketika dengan penyanyi Rihanna Malaysia ini tentang wajahnya dilamar menjadi duta Avon Color yang menampilkan wajah baru untuk produk lipstik keluaran Avon. Tahniah Alyah! Murah betul rezeki kamu!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Mimi & One Nation Emcees di Konsert Kemuncak Suria FM

Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi