in

Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi

Kalau anda menonton Buletin Utama pada malam tadi, dapat mengagak apabila berita penahanan seorang pelawak bekas anggota kumpulan lawak terkenal ditahan sekali lagi kerana dadah. Mungkin penahanan yang lepas tak dijadikan pengajaran buat Yassin.

SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.

Yassin, 32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

“Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

“Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin,” kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM

Kak Vee Suria FM Buat VENEER Cantik dan Putihkan Gigi