in

Gambar Al-Manna Jadi Tamu di Malaysia Hari Ini TV3

Pada jam 8 pagi tadi, kumpulan nasyid Al-Manna telah tampil buat pertama kalinya menyerikan program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3.

Walaupun tanpa seorang ahli iaitu Mohd Shahnizman yang kini sedang menjalani latihan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Al-Manna masih lagi mampu mempersembahkan persembahan mantap dan sikit pun tidak mencacatkan paduan vokal mereka.

Ketiga ahli iaitu Fahimi Amie, Muhammad Firdaus dan Mior hadir dengan jubah yang Budiey kira sangat sesuai dengan konsep Malaysia Hari Ini yang mengandungi warna biru dan merah. Cukup cocok dan serasi dengan penjenamaan TV3.

Al-Manna yang aktif sejak 2006 ini telah mengalunkan dua buah lagu yang terkandung dalam album pertama mereka berjudul SELAWAT KITA SEMUA & SUBHANALLAH. Mereka sempat ditemubual oleh tiga hos MHI. Ahmad Fedtri Yahya yang pulang dari Mekah seperti biasa pandai berseloroh dan mengutarakan soalan-soalan lazim seperti macamana boleh memilih nama Al-Manna sebagai nama kumpulan, bagaimana boleh menubuhkan kumpulan Al-Manna dan perancangan terbaru Al-Manna.

Fahimi selaku ketua kumpulan melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak Malaysia Hari Ini yang sudi menjemput Al-Manna kerana mereka masih lagi baru dan memerlukan sokongan daripada stesen TV. Diharap peluang ini dapat memberikan publisiti buat Al-Manna bagi melangkah lebih jauh dalam industri hiburan nasyid.

Dalam perkembangan lain, Al-Manna yang ditubuhkan pada tahun lepas ini telah selesai merakam muzik video ZIKIR PAGI HARI di Cameron Highland dan kini merancang pula untuk merakam muzik video SAHABAT yang dijadualkan menjalani pengambaran di Pulau Pinang pada bulan November nanti.

Video petikan temubual dan persembahan Al-Manna akan diletakkan nanti sementara itu apa kata layan video bloopers semasa temubual eksklusif Al-Manna bersama Budiey kat atas ni.

Semoga Al-Manna terus bangkit dan berjuang. Maju terus melangkah. Kejayaan pasti akan tiba. Wah, pinjam lirik lagu SAHABAT jap.

Anda boleh mengikuti perkembangan Al-Manna di Instagram & Twitter: @almannaofficial dan juga di Facebook: https://www.facebook.com/ALMANNAOFFICIAL

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Al-Mauna Di Mhi Tv3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Pass Fan Meet RUNNING MAN RACE START SEASON 2

Sharifah Sakinah Bertunang Dengan Aliff Adha Malam Ini