in ,

Sharifah Sakinah Bertunang Dengan Aliff Adha Malam Ini

Pada jam 8 malam ini, Budiey akan menghadiri Majlis Pertunangan pelakon Sharifah Sakinah di kediaman keluarganya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Terima kasih Pino dan juga Sakinah sudi menjemput Budiey. Tak sabar nak tengok korang bertunang malam ni. Seperti yang diberitakan dalam Berita Harian, Sharifah Sakinah akan melangsungkan pertunangan dengan Aliff Adha malam ini

Mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan Mac tahun depan iaitu genap setahun usia percintaan mereka.

“Alhamdulillah persiapan majlis malam ini sudah sempurna. Saya harap semua akan berjalan lancar malam ini. Saya beruntung kerana keluarga dan kawan banyak membantu melunaskan persiapan termasuklah kawan baik saya Marsha. Malam ini juga pihak kami akan menyediakan gambar pertunangan untuk rakan media. Jadi kalau pihak mereka tak bawa jurukamera, ia takkan jadi masalah,” katanya.

Sakinah menyifatkan bakal tunangnya, seorang juruterbang sebagai seorang yang selamba malah tidak pernah ambil tahu mengenai dunia hiburan tempatan.

Sharifah Sakinah Bertunang Dengan Aliff Adha Malam Ini

CREDIT PDF SAKINAH TUNANG new copy

CREDIT PDF SAKINAH TUNANG new copy

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Al-Manna Jadi Tamu di Malaysia Hari Ini TV3

Gambar Sekitar Konsert Mariah Carey Live in KL 2014