in

Galaksi Raya 2013 Gamatkan Aidilfitri

Galaksi tetap muncul dengan konsepnya sebagai sebuah program sensasi terpopular masakini, termasuklah ketika Hari Raya!. Bagaimana pun kesensasian kali ini menjurus pada kesibukan dan kekecohan ketika menyambut hari mulia ini. Bermacam gelagat dan aksi terpapar di Galaksiraya nanti yang tentunya bakal menggamatkan suasana.

[pullquote align=”right”]Galaksi Raya Kecoh Menggamatkan Aidilfitri! Bukan Galaksi Kalau Tak Sensasi! Bakal disiarkan pada Jumaat, 9 Ogos 2013, Jam 8.30 malam Hanya Di TV9.[/pullquote]

Galaksi Raya 2013 ini memaparkan dua pengacara popular iaitu Ikhwan dan Kiah Propa bersama artis-artis lain seperti Amyza Aznan, Ieda Moin, Noorkhiriah, Taiyuddin Bakar, Reza Mohamed, Nas Ahmad dan juga Bobo.

Kelainan Galaksi Raya tahun ini ialah dengan memaparkan dua adegan berbeza serentak iaitu adegan dijalanan dan juga rumah terbuka Galaksi yang berlangsung di set Galaksi.

Ikhwan memainkan peranan sebagai tuan rumah untuk rumah terbuka Galaksi dan menunggu ketibaan artis-artis untuk datang beraya. Sementara itu Kiah Propa dalam perjalanan untuk ke rumah terbuka itu. Bagaimanapun Kiah Propa mengalami pelbagai masalah, diantaranya kereta yang dipandu Kiah Propa rosak ditengah jalan. Disebabkan itu Kiah harus menahan kereta untuk tumpang pergi ke rumah terbuka Galaksi yang bertempat di Sri Pentas.

Ketika perjalanan Kiah ke Set Galaksi, Kiah Propa terjumpa Reza Mohamed dan juga Amyza Aznan yang banyak membantu Kiah untuk sampai ke lokasi. Dalam perjalanan itu Kiah, Reza dan Amyza sempat bergosip berita panas artis di Malaysia ini.

Sementara itu di Rumah Terbuka Galaksi telah dikunjungi oleh Ieda Moin, Noorkhiriah dan juga Taiyuddin Bakar. Rumah terbuka Galaksi semakin meletop apabila Kiah dan Amyza bergabung di dalam set dan kemeriahan kian terserlah dengan gosip-gosip terkini dari mereka. Keadaan di Rumah terbuka Galaksi semakin panas apabila dengan tiba-tiba munculnya Bobo (iaitu artis parody youtube) yang dengan tidak ada segan silu masuk dan membuat aksi-aksinya didalam youtube itu secara live.

Tidak cukup dengan itu kalau dah namanya Galaksi, pasti ada cerita-cerita artis yang dipaparkan oleh wartawan kami. Gosip dan berita sensasi yang dipaparkan dalam Galaksi Raya belum pernah disiarkan dimana-mana media lagi. Galaksi Raya 2013 akan bersiaran pada Hari Raya Kedua iaitu Jumaat, 9 Ogos 2013, Jam 8.30 malam Hanya Di TV 9.

Penerbit Galaksiraya 2013 ialah Noradillah (Adeed) Abdullah dibawah pengawasan Nas Ahmad.

Galaksi Raya 2013

Galaksi Raya 2013

Galaksi Raya 2013

Galaksi Raya 2013

Galaksi Raya 2013

Galaksi Raya 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Laporan Trafik Terbaik Dan Terkini Di Suria FM

FREE MEDICAL CHECK-UP AT IMPIANA KLCC HOTEL