in

Laporan Trafik Terbaik Dan Terkini Di Suria FM

[dropcap]M[/dropcap]enjelang tibanya Aidilfitri, pasti masyarakat kota berpusu-pusu untuk pulang ke Kampung. Bagi membantu anda dalam mengenalpasti kawasan mana yang sesak, terkini di Suria FM, kami mempunyai pasukan trafik yang memberikan laporan trafik terbaik dan terkini. Selain laporan trafik yang biasa, kali ini Suria FM akan memberikan laporan trafik ‘Balik Kampung’ untuk para pengguna jalan raya.

Laporan trafik ini dibawakan khas oleh pelapor trafik terkemuka, Priscilla Patrick dan pasukannya. Suria FM akan mengawasi keadaan trafik bagi perjalanan balik kampung melalui laporan waktu puncak setiap 15 minit, pagi dan petang.

Bagi laporan trafik khas ‘Balik Kampung’, ia bermula pada malam raya sehingga hari raya kedua dimana laporan trafik akan keudara setiap 1 jam dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Manakala bagi hari raya ketiga dan keempat pula, laporan setiap 1 jam bermula 2 petang hingga 10 malam. Anda juga boleh follow kami di Twitter @mytraffic untuk info terkini.

Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan anda di atas jalan raya, Suria FM turut menyenaraikan beberapa tips penting yang harus anda ikuti ketika di musim perayaan.

PASUKAN TRAFIK_1

Di musim perayaan ini, sila pastikan:

• Rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Sekiranya jarak perjalanan anda jauh, bergilir-gilir dengan pemandu kedua.
• Pastikan kenderaan anda telah diservis dan tayar ganti juga telah disimpan.
• Pastikan bayi anda diletakkan di tempat duduk belakang dan pakaikan tali pinggang keselamatan.
• Pastikan semua penumpang di bahagian hadapan dan belakang memakai tali pinggang keselamatan.
• Pastikan anda mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Karak, dan Lebuhraya Pantai Timur.
• Jangan lupa untuk mengisi minyak yang secukupnya sebelum anda pulang beraya
• Sentiasa ikuti info-info terkini daripada kami. Anda boleh follow kami di Twitter @mytraffic atau hubungi kami 03-77251133

Jangan lupa dengarkan Suria FM untuk mengetahui laporan trafik yang terbaik dan terkini sepanjang masa. Semoga perjalanan anda lancar dan selamat sampai ke destinasi. Kami dari Suria FM ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan terus bergembira bersama dengan keluarga tercinta sepanjang lebaran ini. Suria FM, Menceriakan Rayamu.

PASUKAN TRAFIK_3

PASUKAN TRAFIK_1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Demi Melestarikan Alam Sekitar, Maya Karin Menyokong Kempen Anti-Sampah

Galaksi Raya 2013 Gamatkan Aidilfitri