in , ,

Fynn Jamal Harap Mizz Nina & Noh Salleh Dapat Buang Ego Demi Musa

“Buang ego, utamakan Musa. Saya rasa berdosa kerana tidak dapat membantunya (Musa),” – Fynn Jamal

Penyanyi Fynn Jamal berharap Mizz Nina dan Noh Salleh dapat membuang ego serta meletakkan keutamaan buat anak angkat mereka iaitu Musa. Fynn berkata, pandangannya itu demi kebaikan dan kebahagiaan Musa.

Saya bersuara demi Musa kerana saya yang membantu proses dokumentasi untuk mengambilnya sebagai anak angkat. 

Tidak memihak kepada sesiapa, saya seperti serik hendak membantu pasangan yang ingin mengambil anak angkat apabila terjadinya perkara sebegini.

Apa yang boleh saya katakan di sini, buang ego dan ingat Allah SWT. Sebab kalau bukan di dunia, pembalasannya pasti di akhirat nanti. Bukan soal siapa menang atau kalah. 

“Saya rasa berdosa kerana tidak dapat membantunya (Musa),”

– Fynn

Tegasnya, dia ralat dengan sikap masing-masing yang mengeruhkan lagi keadaan yang sedia rumit.

“Saya marah kerana apabila mereka tiada anak, mereka mahukan anak namun bila sudah ada, kenapa buat anak seperti ini? 

“Demi Allah semua yang saya katakan ini ada fakta dan bukti. Malah, saya juga mempunyai video dan bukan hanya sekadar menuduh secara kosong saja.

“Saya berharap Musa tahu yang dia indah. Malah, saya juga berharap dia tahu yang dia disayangi dan dimahukan. Semoga dia nampak yang indah-indah saja di dunia ini,”

– Fynn

Isu berkaitan hak penjagaan anak angkat Mizz Nina dan Noh menjadi perhatian umum baru-baru ini. Lebih menarik, sebuah video temubual pihak media bersama Essam, suami Mizz Nina tular di media sosial.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila Fynn Jamal meninggalkan komen di video berkenaan seolah-olah menyindir seseorang dan mengetahui kisah sebenar disebalik apa yang berlaku.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Mendunia! Diiktiraf Dapat Ranking ke-30 Penstriman Digital Triton

Anak Kahwin Senyap, A. Aida Buang Nama Sebagai Penerima Wasiat