in , , ,

“Mangsa Rogol Yang Bersabar Dapat Pahala” – Fynn Jamal

“Mangsa Rogol Yang Bersabar Dapat Pahala” – Fynn Jamal Keluar Kenyataan, Penulis Buku Rungkai Maksud Kata-Kata Tersebut.

Nama penyanyi, Fynn Jamal kembali hangat selepas kenyataan kontroversinya berhubung isu rogol. Beberapa hari lalu, Fynn telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyalahkan wanita sendiri sebagai penyebab kepada ganguan seksual di laman Instastory miliknya.

Selain membuat live bersama Caprice dan Wardina, Fynn turut membuat sesi tersebut bersama seorang individu yang dikenali sebagai Afiqah bagi membincangkan isu yang sedang hangat itu.

Kenyataan serta pandangan yang telah dilontarkan Fynn itu ternyata telah menimbulkan rasa kurang senang netizen terhadap beliau sehingga namanya turut menjadi trending di Twitter.

Namun dalam sesi live tersebut, satu kenyataan serta pandangan yang telah dibuat oleh Fynn sekali lagi telah menjadi perhatian netizen khususnya di Twitter.

"Mangsa Rogol Yang Bersabar Dapat Pahala" - Fynn Jamal

Pendakwah dan penulis buku, Adnin Roslan tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataan Fynn Jamal ketika bersiaran langsung di Instagram baru-baru ini. Menerusi sesi siaran langsung Fynn bersama salah seorang pengikutnya, pelantun lagu Arjuna Beta itu menegaskan bahawa mangsa rogol yang bersabar akan mendapat pahala.

“Kalau kena rogol, awak bersabar, awak dapat satu pahala kerana ujian rogol”

Justeru, sekali lagi kenyataan Fynn itu mendapat teguran dan bantahan ramai ekoran tiadanya penerangan yang jelas dan munasabah.

Begitupun kata Adnin, maksud sebenar mangsa rogol yang bersabar akan dapat pahala ialah mangsa rogol yang mentaati perintah Allah da meninggalkan larangan-Nya.

"Mangsa Rogol Yang Bersabar Dapat Pahala" - Fynn Jamal

“Kita jangan faham yang sabar bermaksud mangsa akan dapat pahala kalau relakan diri dirogol, tak melawan dan maafkan begitu sahaja. Bukan!

“Mangsa rogol yang bersabar akan dapat pahala?”

Statement ni akan jadi isu bila kita tak faham apa maksud sabar. Lepas tu ada la 2 puak yg bergaduh.

Saya rasa, punca gaduh ni sbb salah faham.

“Sabar” bukan bermaksa “rela dirogol”. 

Tapi, apakah itu sabar?

Ini adalah thread.

“Tapi, apa yang dimaksudkan dengan “sabar” ialah:

1) Mangsa rogol ada hak untuk menghukum perogol. Kerana, pertahankan maruah diri juga adalah satu jihad dan dapat pahala yg sangat besar.

2) Mangsa rogol tetap mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. 

“Maksudnya jangan biarkan kisah silam dan pengalaman dirogol itu membuatkan kita semakin jauh dari Allah. 

“Sebab ada orang, bila diuji, dia terus salahkan takdir, salahkan Allah, dan akhirnya bunuh diri.

“Tapi, tetap teruskan kehidupan, jaga yg wajib, tinggalkan yg haram, terus memburu impian dan cita. 

“Walaupun pengalaman dirogol itu satu peristiwa yg sangat trauma, tapi andai mereka kuat dan teruskan kehidupan, betapa besarnya pahala mereka disisi Allah,” jelas Adnin.

Pesan Adnin lagi kepada mangsa rogol agar jangan takut untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

“Saya tahu, ini adalah satu peristiwa yang sangat pahit dalam hidup korang. 

“Saya pernah jumpa mangsa rogol, dia cerita macamana peristiwa itu menghantui diri dia, trauma, depresi, anxiety, dan kadang dia rasa takut dan malu dengan rakan-rakan sekeliling. 

“Dia rasa malu apa yg bakal suami dia akan kata nanti. Macam2 benda yang berada di fikiran mangsa rogol tersebut.

“Saya nak pesan supaya jangan takut untuk laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. 

“Kadang2, mangsa rogol ni takut. Sebab dia rasa malu nak cerita pada orang bahawa dirinya pernah dirogol. 

“Perasan takut dan malu ini akhirnya menahan mereka untuk laporkan pada polis & mengenakan hukuman yg setimpal epada perogol.

“Nasihat saya, lawan rasa takut dan malu. Pertahankan hak kalian. Lawan mereka dan laporkan pada pihak polis! 

“Saman mereka dan humbankan mereka dalam penjara, dan kenakan hukuman yg setimpal kepada perogol tak guna celaka itu. Jangan biarkan mereka terus bebas,” sarannya.

Malah, Adnin turut berpesan kepada individu yang mengenali mangsa rogol agar tidak menilai sebalikna mengucapkan kata-kata baik kepada mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibadah Korban Mudah & Lancar dengan Qurban Dengan IKHLAS

Lagu Blackpink HOW YOU LIKE THAT Raih 5 Rekod Dalam Guinness World Records