in

Fyn Jamal Dilantik Duta Produk CALIPH SUPLIMEN SUNNAH

Selepas kejayaan pembukaan dua buah butik Felinna yang terletak di Alor Setar dan Bertam, Kedah, syarikat Raffelinna Sdn Bhd kini membuka sebuah lagi cawangan butik Felinna yang terletak di Bangi Sentral, Selangor.

Bersempena pembukaan butik pada 20 September 2015 (HARI INI), pengasasnya, iaitu Nadia Felinna binti Abd Fattah dan suaminya, Muhammad Rafi’e bin Ramli mengadakan promosi khas dengan meletakkan harga runtuh RM99 untuk kesemua jenis rekaan jubah.

MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PEMBUKAAN BUTIK FELINNA CAWANGAN BANGI DAN MEMPERKENALKAN DUTA PRODUK CALIPH SUPLIMEN SUNNAH

“Untuk pembukaan butik kali ini, kami akan mengeluarkan sebanyak 10,000 stok dengan 15 rekaan jubah yang baharu. Selain itu butik kami juga mempunyai koleksi lain seperti kardigan, kurung moden dan selendang. Usah risau kerana kesemua koleksi kami merupakan keluaran daripada produk material berkualiti tinggi,” kata Felinna.

Dalam pada itu, sebuah lagi cawangan Butik Felinna juga akan dibuka di Seksyen 7, Shah Alam pada Oktober 2015 nanti.

Majlis pembukaan butik telah dirasmikan oleh Dato’ Amir bin Md. Noor; Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Manakala Muhammad Rafie, Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd adalah Ikon Alumni Kolej Komuniti.
Sementara itu, pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara dilantik sebagai duta produk Jus Caliph.

Pemilihan Mia dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak.

Turut diumumkan, pelantikan Fynn Jamal sebagai duta kecil untuk produk Jus Caliph. Selain mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, cabaran Fynn Jamal membesarkan anak istimewa dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.

“Saya lihat Fynn sebagai ikon kepada ibu-ibu di luar sana lebih-lebih lagi personalitinya yang cukup menarik perhatian umum. Penulisannya di laman sosial mengenai isu-isu semasa serta mempromosikan sesuatu produk membuatkan saya lihat Fynn adalah selebriti yang paling sesuai menjadi duta kecil produk kami,” ujar Felinna.

Jus Caliph merupakan makanan tambahan dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. Jus Caliph mengandungi kurma, kismis, Madu, Delima, Buah Tin, Aprikot, Omega 3 dan Omega 6. Kesemua bahan yang terkandung dalam Jus Caliph ini memiliki kehebatan tersendiri antaranya mampu menjadi penawar pelbagai penyakit selain menggalakkan perkembangan minda.

“Ianya juga adalah sebahagian daripada makanan sunnah yang sangat digalakkan dalam amalan pemakanan umat Islam termasuk kepada kanak kanak,” tambahnya lagi.

Produk makanan tambahan itu juga merupakan keluaran syarikat Raffelinna.

Dapatkan pelbagai pakaian Muslimah kontemporari serta Jus Caliph di cawangan terbaharu butik Hijrah Felinna Bangi Sentral. Butik ini dibuka sepanjang hari Selasa – Ahad bermula 10 pagi sehingga 8 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Seram QARIN Uji Lakonan Uqasha Senrose

Ada Sebab Ramai Termuntah Gara-Gara Filem JWANITA?