in

Ada Sebab Ramai Termuntah Gara-Gara Filem JWANITA?

Sekali lagi pengarah Osman Ali (Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011) menghasilkan sebuah filem yang melangkaui pemikiran orang ramai, iaitu JWANITA, filem kelapan beliau.

Ternyata tayangan filem yang berlangsung pada malam tersebut mencetuskan persoalan apabila lapan orang penonton tidak sanggup menyaksikan sehingga ke akhir tayangan kerana terlalu seram katanya. Lebih mengejutkan lagi, ada yang keluar ke tandas akibat termuntah semasa tayangan Jwanita.

Kata produser Julian Jayaseela,

“Saya sendiri selalu tutup mata melihat watak-watak bermain dengan darah. Tambahan pula, penggambaran ini selalu dilakukan di tempat yang dipercayai ada penghuni misteri”. Osman Ali juga mengakui dan berkata, “sepanjang penggambaran dilakukan, ada sahaja teguran dan gangguan luar, cuma benda sebegini tidak perlu dipanjang lebarkan lagi”.

Tidak hairanlah jika penonton merasakan filem Jwanita ini agak menyeramkan, setiap sudut diambil berat termasuklah darah yang digunakan merupakan betul-betul darah yang diimport dari luar negara. Kami juga mencipta tiga patung yang menyerupai Maya Karin dengan tubuh yang berlumuran darah.

Maya Karin sebagai perempuan psiko agak berkelakuan pelik sepanjang proses penggambaran bagi menguasai wataknya sehinggakan krew produksi takut menegurnya di lokasi.

Selepas tayangan, Joe dari Chilly Vanila berkata, “Saya hampir termuntah melihatnya”.

Apapun, Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne dan Marsha Milan Londoh sangat menarik perhatian orang ramai dengan pakaian yang sungguh cantik dan ceria.

Filem Jwanita ini mengisahkan tentang dendam seorang perempuan yang mengalami kekacauan jiwa sewaktu kecilnya; dibesarkan oleh ibu tiri yang mengamalkan ilmu hitam. Perempuan ini kemudiannya bangkit serta membunuh sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu hidupnya.

Pihak media percaya, lagu “Dendam Cinta” nyanyian merdu Datin Alyah, karya Zaidi Abd. Rahman ini pasti akan membuatkan filem Jwanita lebih bersinar dan menjadi ingatan setiap penonton.

Tayangan yang berlangsung di GSC NU Sentral ini turut dihadiri oleh penggiat seni ternama seperti Farid Kamil, Soo Winci, Nadia Nissa, Sharifah Amani, Kodi Rashid dan Sofi Jikan. Dollah Cantek dari Emoire Film Solution sungguh bersemangat dengan penampilannya di khalayak ramai bagi mengacara majlis ini.

Datuk Yusof Haslamyang turut menyokong hadir, dengan yakin memperakui bahawa dengan kemunculan filem Jwanita oleh Osman Ali merupakan suatu hasil yang kreatif dan amat membuka minda masyarakat tentang kehebatan industri perfileman tanah air Malaysia.

Ketua Pengarah Finas, Datok Kamil Othman bangga serta berpendapat bahawa Jwanita adalah sebuah filem yang berjaya menaik-taraf nama Malaysia dalam industri.

Beliau berkesempatan mengucapkan tahniah kepada produser yang gagah membangkitkan kepercayaan masyarakat terhadap negara Malaysia. Kehadiran wakil dari syarikat UiTM Holding, Finas, MDEC dan YEO’S amat bermakna pada malam tayangan tersebut.

Kata wakil wartawan dari NUANSA,

“Saya tidak sangka mereka teruja sebegini bagi sesi pendapat dan komen. Seramai lebih kurang 30 orang yang meluahkan perasaan, ada juga membuatkan saya terperanjat melihat mereka terlalu teruja memberi komen yang sangat positif.”

Cuma, agak mengharukan apabila Julian Jayaseela mengimbas kembali tentang kematian seorang lelaki yang turut bekerja kuat bagi filem Jwanita telah, Abu hanifah Redzuan. Dalam ucapan, Julian Jayaseela ada meluahkan, “Beliau seorang yang sangat baik dan bekerja keras di set penggambaran.

Masih muda dan baru sahaja memiliki seorang anak. Kami pasti merinduinya”. Dato Abdul Hamid produser Ehsan Production merasa kesal kerana tidak dapat turut serta menyaksikan tayangan kerana masih menunai haji di Makkah bersama isterinya.

Namun, beliau sempat menghantar pesanan kepada semua yang terlibat sebagai tanda ingatan. Kepada semua, tayangan hebat Jwanita “Ada setan di kepalanya” akan bermula pada 24 September 2015 ini di setiap panggung Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fyn Jamal Dilantik Duta Produk CALIPH SUPLIMEN SUNNAH

Travel Weekly Asia iktiraf AirAsia sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik