in

Drama Bersiri Seram QARIN Uji Lakonan Uqasha Senrose

Dapat anda bayangkan cerita seram tanpa menonjolkan watak hantu seperti yang biasa ditonjolkan dalam drama mahu pun filem? Namun situasi ini berjaya ‘dihidupkan’ dalam sebuah drama bersiri 13 episod bergenre seram yang bertajuk “Qarin” disiarkan mulai 2 Oktober ini, setiap Jumaat, pukul 10.05 pagi mengisi slot Kejora di TV1.

“Qarin” Menakutkan Tanpa Menonjolkan Watak Hantu, Drama Bersiri Mengisi Slot Kejora Di TV1

Ia mengisahkan Dhiya (Uqasha Senrose) yang sangat menyayangi keluarganya namun akibat leka sehingga mengabaikan perkara penting, akhirnya dia hidup dalam penyesalan.

Kisah bermula apabila perkahwinannya dengan anak orang berada, Muslim (Zain Hamid) mendapat tentangan ibu Muslim, Datin Zauyah kerana Dhiya datang dari keluarga susah. Sebaik melahirkan anak mereka Aurelia (Fateha), Dhiya mengajak suaminya berpindah dari rumah Datin Zauyah dan akhirnya berjaya.

Mereka sekeluarga kemudian berpindah ke sebuah banglo terpencil dan bermulalah kehidupan baru mereka.

Keceriaan pastinya paling dirasai anak mereka Aurelia yang ketika itu sudah berusia lapan tahun apabila dia bertemu teman barunya di rumah berkenaan.

Bagaimanapun, persoalan­nya hanya mereka bertiga menduduki rumah berkenaan tetapi anak kecil itu mula bercakap sendiri dengan sahabatnya yang dipanggil Andika.

Perkara itu benar-benar mengejutkan Dhiya dan Muslim dan bermulalah detik hitam dalam hidup mereka apabila terbukti ia bukan khayalan tapi entiti halus yang cuba mendampingi Aurelia.

Kesudahannya, Aurelia mula membenci bapanya manakala hubungan Dhiya dan Muslim pula semakin berantakan selepas kekasih lama suaminya itu hadir semula dalam hidup mereka.

Demi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut itu, seorang ustaz dipanggil dan terbongkarlah kebenaran di mana anak mereka sebenarnya sudah lama meninggal dunia.

Anak kecil yang mendampingi mereka selama ini terbukti qarin kepada Aurelia dan sebab itulah Andika suka berkawan dengannya kerana mereka serupa.

Drama ini turut dibintangi oleh Imam Muda Khairul Azhar, Mell Yahya, Ieka Zulkifli, Oshin, Ally Azman, Farisha, Nor Amisah Abdullah, Qasehku Effa dan Siti Chubby.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Empat Telemovie Khas Aidiladha 2015 Di RTM

Fyn Jamal Dilantik Duta Produk CALIPH SUPLIMEN SUNNAH