in , , , , ,

Yang Best di Fuhhh! Istimewa Akustika Amal Al-Taqwa

Gambar Selebriti di Fuhhh! Istimewa: Akustika Amal Al-Taqwa

Pada 24 Mei 2011 (Selasa), tepat jam 11.00 malam Fuhhh! Istimewa Akustika Amal Al-Taqwa disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Fuhhh! Istimewa: Akustika Amal Al-Taqwa menggandingkan sekumpulan artis popular tanah air di dalam satu slot persembahan khas untuk mengumpul dana kebajikan bagi membantu mangsa tragedi tanah runtuh yang telah berlaku baru-baru ini.

Fuhh Amal

Malapetaka yang telah meragut 16 nyawa dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat ini telah menggemparkan seluruh negara pada 21 Mei 2011 (Sabtu) lalu.

Turut tercedera 9 lagi orang penghuni rumah kebajikan tersebut dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

Dihoskan oleh Awal Ashaari, kesemua artis tampil dengan persembahan solo akustik di sepanjang slot yang bersiaran secara langsung selama sejam, diiringi beberapa sedutan dari Buletin Utama yang telah dirakamkan di tempat kejadian.

Pada masa yang sama, kutipan derma dan sumbangan turut dijalankan ketika rancangan bersiaran dan penonton di rumah juga boleh menyumbang melalui maklumat seperti yang tertera di bawah:

Sumbangan boleh disalurkan kepada:-

Tabung Bencana NSTP Media Prima
Maybank account: 514105-320757

Tabung TV3 Bersamamu
Maybank account: 564324129973

Pihak Alternate Media / Web Content TV3 telah menyediakan saluran khas bagi penderma yang ingin menyumbang melalui kad kredit / debit, dengan melayari laman web www.tv3.com.my/altaqwa

Senarai Lagu:

1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Pergi – Aizat
3. Jeritan Batinku – Azlan & the Typewriter
4. Kau Harus Ada – Hujan
5. Andai Ku Tahu – Black (Mentor 3)
6. Wajah – Jaclyn Victor
7. Selamat Malam – Faizal Tahir

Fuhh Amal
Fuhh Amal
Fuhh Amal
Fuhh Amal
Fuhh Amal
Fuhh Amal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: Dapat Income 4 Angka Melalui Blog

Airasia Wins 3 Major Awards For Investor Relations