in ,

Lazatnya! Fraser Residence Kuala Lumpur Lancar Hidangan Buffet SERIBU SATU MALAM

Wah! Tengok pada hidangan yang disediakan, begitu membuatkan Budiey rasa nak singgah lagi ke sini untuk menikmatinya! Cukup menyelerakan kerana dimasak oleh chef yang berpengalaman.

Menjelang bulan Ramadan, pastinya jadual Budiey semakin padat dengan undangan untuk menjamah hidangan menu buffet terbaru sempena bulan puasa 2015 ini. Semalam, Budiey ditemani Cyrill Hassan telah menerima undangan untuk mencuba hidangan sajian buat pertama kalinya di Fraser Residence Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Cendana, Kuala Lumpur. Hotel residence ini terletak berhampiran dengan Hotel Renaisance Kuala Lumpur.

Rakaman Food Review GILA MAKAN - FRASER RESIDENCE
Enak menjamu selera

Bertemakan Seribu Satu Malam, Fraser Residence buat pertama kalinya mempersembahkan hidangan di restoran RELISH yang berlangsung dari 22 Jun hingga 12 Julai ini eksklusif dari air tangan Chef Ishak.

Antara hidangan menarik yang menyelerakan kami ialah hidangan dari Timur Tengah termasuklah Kabsa Laham, Tajine Barkouk, Shish Taook, Babosa dan Baklava. Selain itu, tidak dilupakan sajian Melayu antaranya Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ayam Percik Cik Siti Wan Kembang, Rendang Tok dan Laksa Johor untuk kepuasan pengunjung.

Rakaman Food Review GILA MAKAN - FRASER RESIDENCE

Buffet ini berharga RM98 nett (dewasa) & RM59 (Kanak-Kanak) Advanced Purchase of 2 days.

RM138 nett (dewasa) & RM82 (Kanak-Kanak).

Terima kasih kerana sudi menjemput kami. Follow IG kami: BudieyBuddies dan Facebook kami: www.facebook.com/budieybuddies

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi: +60321910893

Jom menjamu selera!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan Nyanyi Lagu ANGAU Untuk Filem Pendek HOME

Video MAK KAU HIJAU Trending di Youtube Malaysia