in , ,

Corat Coret Konsert Boyz II Men di Arena of Stars Genting Highlands

Pagi ini, aku sudah berpakat dengan Kimi untuk naik Genting bagi menyaksikan Konsert Boyz II Men. Tiket sudah berada kejap dalam genggaman.

Terima kasih kepada penulis blog yang sedang sedih putus cinta katanya. Terima kasih kepada Joe Lee sebab sudi menghadiahkan aku 2 keping tiket yang berharga RM220 setiap satu. Aku memang menghargainya sangat-sangat.

Foto ini diambil oleh penganjur contest ketika satu majlis penyampaian hadiah di Izzi Cafe.

Aku rasa ini adalah kunjungan kedua Boyz II Men ke Malaysia selepas Konsert Force of Nature pada tahun 2005 yang lepas. Itu pun mereka bersama-sama dengan ketika itu mereka bersama dengan Fugees dan Black Eyed Peas untuk konsert amal membantu mangsa tsunami.

Selama 4 hari di Malaysia, katanya kumpulan yang mempunyai vokal yang power ini sempat ditemubual oleh Harith Iskandar di Thursday Nite Live yang disiarkan semalam. Tidak sedikit pun tergambar rasa letih dari riak wajah mereka. Memang professional sungguh diorang ni kan?

Kesian diorang, terbang jauh selama 30 jam, terus kena hantar ke NTV7 dan kemudiannya bergegas ke Genting untuk persediaan konsert. Kemudian, Boyz II Men yang terdiri daripada ni sebenarnya rancang untuk jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur sebab sebelum ini tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

Jam 6 petang aku terus ke stesen LRT Putra Gombak. Menanti di sana Kimi yang telah pun menunggu selama 30 minit.

Perjalanan naik Genting selama 45 minit itu tidak membosankan dengan adanya DVD Player dalam kereta Kimi. Asyik cakap-cakap kosong, asyik jugak tengok filem terbaru Jennifer Hudson dengan Beyonce… sebuah filem muzikal drama berjudul DREAMGIRLS. Memang antara filem wajib tonton kerana aku memang peminat setia Jennifer Hudson masa dia bertanding dalam American Idol musim lalu.

Sampai di Genting, kesejukan mula menggigit kulit hingga ke tulang. Selepas parking kereta, kami menuju ke Burger King. Belanja Kimi makan burger set. Aku terpaksa minum kopi panas instead of minuman ais sebab tekak aku masih elergik dengan minuman sejuk. Dahlah kat sini sejuk giler. Kabus tebal menyelubungi suasana. Meriahnya memang dapat rasa dengan pelawat dan pelancong.

Jam 8.10 malam, kami menuju ke Arena of Stars di mana Konsert Boyz II Men berlangsung. Tempat duduk memang strategik depan-depan pintu masuk VIP. Walaupun bukannya VIP tapi tempat duduk tu kiranya kerusi yang dikhaskan untuk wartawan dan rakan media yang lain.

Kira depan jugaklah walaupun aku rasa bosan dengan orang yang asyik lalu lintas di hadapan aku. Yang datang dan yang lalu depan aku tu, dah tentu orang VIP dan selebriti. Antara selebriti yang hadir ialah Harith Iskandar, nampak macam Zahid tapi ntahla dia ke tak… pas tu ada nampak anak Datuk K… hahaha… habislah kali ini, anak Datuk K pun dicop sebagai selebriti. Siap bawak aweks tu… ops!

Rakan media yang aku kenal, Nurul Hisham (Berita Harian) dan seorang kawan dia macam pernah aku lihat tapi tak tahu nama dia dan dari mana.

Selang 15 minit, aku duduk di kerusi, perhati orang yang ada di sekeliling, sempat posing dan ambik gambar dengan Kimi… yelah bila lagi nak merakamkan foto-foto untuk kenangan. Ya, bercakap pasal kenangan, aku rasa inilah antara kenangan terindah sepanjang detik 2007 berlangsung… ya antara yang termanis. Kerana aku dapat ‘bertemu’ secara live dengan Boyz II Men!

Persembahan penyanyi yang berasal dari Philadelphia ini memang mengkagumkan. Superb beb! Mutu vokal asli dengan lagu-lagu R&B dan hip mereka begitu membuat aku rasa terhibur. Walaupun banyak lagu yang dinyanyikan adalah daripada lagu-lagu album terbaru, The Remedy. Namun, banyak lagu-lagu mereka yang aku enjoy habis. Memang tak mesra di telinga sebab jarang dengar lagu dari album The Remedy.

Pentasnya memang ringkas. Dilatari dengan kain rentang berwarna hitam. Pada satu segmen, ada lampu seperti bintang kalau dilihat dari jauh. Ada dua bongkah pentas diletakkan di kiri kanan pentas.

Bagi aku kumpulan yang dianggotai oleh Nathan Morris, 35, Shawn Stockman, 34, dan Wanya Morris, 33 itu memang punya ramai peminat setia. Banyak lagu soul dan R&B dibawakan secara medley bagi menjimatkan masa barangkali. Tidak lupa, mereka juga pandai menari sambil menyanyi. Setiap lagu diiringi dengan suara latar penonton yang sememangnya dah hafal lagu-lagu mereka. Semua penonton yang begitu sporting habis diajak bangun dan menari serta tepuk tangan. Happening sangat masa tu…

Malangnya, lagu popular mereka dengan Mariah Carey, One Sweet Day tidak dinyanyikan sebab Mariah Carey tak nak datang. Kalau datang, agak-agak berapa juta Genting kena bayar. Gile ke apa kan, bayar sejuta semata-mata nak usung Mariah Carey bawa lagu One Sweet Day.

Paling aku suka masa diorang ni buat harmoni dan acapella. Memang best giler! Lagu yang paling diminati pada aku ialah lagu End Of The Road. Masa tu suasana Arena of Stars memang gempak gempita jadinya.

Ada satu part, Boyz II Men ada kasi hadiah bunga ros kepada penonton. Mungkin sesuai dengan lagu-lagu ballad dan lagu cinta yang mereka nyanyikan, mereka membaling bunga kepada peminat yang rata-ratanya perempuan. Lelaki nak juga bunga tu tapi ye lah, takkan nak gi rebut-rebut. Buat malu dan jatuh kehormatan je.

Yang dapat sudah tentulah yang duduk di kerusi VIP. Alah, aku sempat cakap kat Kimi, mereka ni bersesak-sesak depan pentas untuk dapatkan bunga. Sampai berebut-rebut, kalau dapat pun, bunga tu dah lunyai dan takde kelopak! Hahaha!

Jam 10.00 malam macam tu, show tamat. Rasa macam sekejap sangat. Penonton ada yang menjerit, “we want more, we want more…” tapi tidak dipedulikan… hahaha. Kesian diorang ni macam tak puas hati je.

Perjalanan pulang rasa sekejap sebab masa diisi dengan sembang-sembang pasal filem dan pasal konsert yang baru ditonton sekejap tadi. Pada aku, memang puas hati dan berbaloi daki Genting semata-mata show Boyz II Men selama 1 jam 45 minit ni.

Oh ya, kamera hp Photosmart R707 aku dah rosak. Memang lama aku tunggu saat ini. Hahaha, akhirnya hadiah dari MTV itu rosak juga setelah aku menanti sekian lama. Dan ini menandakan aku terpaksa membeli kamera yang baru. Yang lebih canggih dan lebih ringan. Aku bernasib baik sebab Kimi bawa kamera Olympus nya… tak sabar nak tengok gambar-gambar yang diambil semalam.

Gambar-gambar sepanjang konsert akan aku letakkan di sini sebaik sahaja dihantar oleh Kimi… Rasanya gambar tak berapa clear sangat kamera tak berapa boleh nak fokus.

UPDATED :

Beberapa keping gambar yang sempat dihantar oleh Kimi. Terima kasih kepada Kimi sebab sudi menjadi jurukamera tak bergaji untuk blog SENSASI SELEBRITI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jack Black | 23

Sinopsis & Ulasan Filem THE HOLIDAY Lakonan Cameron Diaz & Jack Black

Hans Isaac | 24

Gambar Menarik dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam