in , ,

Isu Plagiat Blog, Di Mana Etika Media Kewartawanan?

Penulis blog terkemuka, Sultanmuzaffar telah pun menulis isu plagiat dan membongkar satu lagi insiden yang telah berlaku. Agak panas isu ini pada Sultanmuzaffar kerana ianya mengembalikan semula sejarah hitam yang terpalit ketika mana ada isi blog beliau diplagiat tanpa diberi kredit yang sepatutnya.

Isu Plagiat Blog, Di Mana Etika Media Kewartawanan? Kebetulan, isu ini mulai dapat dicium oleh saya petang tadi berikutan daripada beberapa isi-isi dan butiran idea di blog Sensasi Selebriti dan di sebuah blog yang tidak boleh disebut di sini telah dikaut dengan baik oleh seorang wartawan terkenal. Beliau bukan meniru bulat-bulat tetapi isinya seakan sama. Sila baca butiran dan dalil-dalil yang disenaraikan oleh SM di sini.

Mungkinkah ini satu kebetulan? Atau mungkinkah cara minda pengulas-pengulas di alaf baru ini berfikir dalam corak yang sama dan serentak? Memandangkan Budiey dan Ajami ada berbincang sedikit selepas tayangan filem ini, jadi tidak hairan ada persamaan antara kami. Kami bersetuju filem itu adalah beracuankan Bollywood yang berunsurkan keMelayuan.

Selain itu, beberapa butiran dan fakta yang saya tulis dalam ulasan Ulasan Filem Qabil Khushry Qabil Igam berdasarkan apa yang saya dengar ketika sidang soal jawab para wartawan selepas tayangan.

Awal

Pada Budiey, isu ini tidaklah menjadi masalah besar sebesar isu Kak Pah… ops! Namun, isu ini boleh disensasikan. Hehehe… sensasi eh? Kata Awal, ini realiti bukannya fantasi… tagline program Sensasi di TV3. Cam tu ke? Meletopkan! Malam tadi, Sensasi bertamukan Rosnah Mat Aris dan Watie Elite. Membicarakan isu-isu gelap yang pernah menyelubungi karier seni mereka.

Yang mengejutkan saya ialah kenyataan Rosnah apabila ditanya mengapa tidak kahwin lagi sedangkan usia sudah lanjut dan mengapa suka berkahwin dan berkawan dengan lelaki muda?

Kata-kata Rosnah Mat Aris yang mencetuskan kontroversi isu yang menjadi perbualan ramai pihak:

“Salah ker kita bercinta dengan org muda? Zaman Nabi kita bercinta kawin dgn Siti Khadijah, berapa umurnya? Dengan? Tua ker muda tu? Dah nak mampus ker tidak tu?” selepas tu diiringi gelak antara Watie Elite ataupun Intan Suraya…

Alahai Kak Ros, apa-apa kenyataan buruk atau baik perlulah ditapis terlebih dahulu. Pihak penerbit Sensasi di TV3 perlu menasihati terlebih dahulu artis atau tetamu yang akan dibicarakan dalam program yang disiarkan secara langsung itu.

Persoalan mengapa perkataan ‘mampos’ terbit dari mulut Rosnah Mat Aris itu mungkin tidak disengajakan akibat kelancangan Auntie Rosnah berbicara. Diakan dari dulu lagi macam tu. Cakap pakai lepas mulut sahaja.

Jadi kepada artis, beringatlah. Anda adalah ikon masyarakat. Penilaian orang ramai bergantung tindakan anda ketika berada di khalayak.

Berbalik kita pada isu plagiat tadi… Saya kira orang-orang yang berkarisma dan berkaliber dapat mengeluarkan kritikan yang lebih gah, yang lebih kritis berbanding penulis blog. 

Ironinya, idea yang tidak begitu gah di blog ini menjadi tumpuan sebilangan orang media yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan untuk dijadikan bahan. Kita ni apalah sangatkan… tidak selalu ke majlis media… hanya dijemput sekali sekala sahaja. Saya pun kerap menjadikan tulisan mereka sebagai sumber dan rujukan.

Jadi, apa kata anda? Apakah perasaan anda kalau anda duduk di tempat saya?

Bagi Budiey…. tidak kisah… tapi sekurang-kurangnya alangkah baiknya kalau kita saling bertukar-tukar link (link exchange?). … atau jemput kita sekali sekala menyertai ‘majlis’ mereka? Kan elok?

Saya memandang perkara ini dari sudut yang positif. Kita sendiri tahu dan akur bahawa blog adalah satu saluran untuk menyalurkan pendapat yang sebenarnya bersifat picisan. Tidak ramai yang membaca blog pun. Komunitinya agak kecil berbanding arena media percetakan.

Pendapat penulis blog dianggap picisan. Mungkin tulisan sebilangan bloggers dianggap baik walhal realitinya tidaklah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang-orang yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan dalam bidang penulisan.

Saya kira bertambah elok lagi kalau kita meletakkan link sebagai tanda sumber idea tersebut diambil. Bukannya payah sangat nak letakkan link atau dalam bahasa Melayu dipanggil “pautan” tu kan? Ini saya ingatkan kepada diri saya sendiri… dan rakan seperjuangan yang lain.

Kalau tak boleh jugak, apa kata, hulurkan tawaran kepada Budiey untuk menjadi wartawan sambilan? Hehehe… memandangkan Budiey sekarang sedang mengusahakan ‘ladang tanam anggur’, maka mengapa tidak?

Apa-apa pun fikirkan sendiri, idea dan ulasan saya tidaklah berapa bagus untuk diletakkan di media yang begitu gah dengan jutaan pembaca.

Sekian terima kasih.

ARTIKEL BERKAITAN:

1. Fail Sulit AF

2. Selamat Datang Ke Blog Sensasi Selebriti!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Boyz Ii Men | 23

Corat Coret Konsert Boyz II Men di Arena of Stars, Genting Highland

Muid Latif | 24

Singgah-Singgah Blog: Seni, Kanvas & Muid Latif