in ,

Fitri Haris Nikah dengan Pengurus Sendiri Fazilah Omar

Selepas lapan tahun menduda, penyanyi, Dr Fitri Haris, mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurus sendiri, bernama Fazilah Omar, berusia 32 tahun.

Bagaimanapun, juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua itu enggan berkongsi tarikh dan lokasi majlis pernikahan mereka. Sebab tkenapa beliau dan isteri memilih untuk merahsiakan butiran mengenai majlis pernikahan mereka adalah kerana itu dibuat atas permintaan kedua belah keluarga. Menurut Fitri pernikahannya hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta dibuat secara tertutup. Majlis resepsi untuk peminat dan rakan selebriti akan diadakan di rumah kediaman Fitri di Semenyih, Selangor.

LIVE] Majlis Nikah Penyanyi Fitri Haris, Nama Bakal Isteri Dirahsiakan. Siapakah? Tonton Ni!

Kata bekas anggota kumpulan UNIC itu, dia sememangnya tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan wanita yang sentiasa berada di depan mata, sejak pembabitannya dalam Gema Gegar Vaganza musim kedua.

Dalam pada itu, Fitri mendedahkan dia telah melakukan solat istikarah sebelum membuat keputusan untuk menikahi pengurusnya. Dalam pada itu, Fitri memberitahu Fazilah mula menguruskan kerjayanya semenjak dia menyertai GGV2 pada 2018. Pada bulan Ogos 2019, Fitri pernah mengakui hatinya tertutup rapat untuk berkahwin semula dan trauma apabila memikirkan alam berumah tangga. Fitri berkata, tidak terdetik langsung untuk berkahwin selepas tiga perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian.

Terdahulu, Fitri memiliki seorang isteri sebelum bernikah seorang lagi di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009. Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan lama apabila dia bercerai dengan isteri pertama sebulan selepas berkahwin dengan isteri kedua. Kemudian dia bercerai pula dengan isteri kedua dua minggu selepas itu. Pada 9 September 2012, Fitri berkahwin kali ketiga namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isteri di Singapura. Selain itu, Fazilah sendiri sudah empat tahun bersendirian dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.

Temubual Fitri Haris & Isteri di Majlis Wedding Bersama Media.Solat Istikharah Hanya Nampak Wajahnya

TAMAT

Selepas lapan tahun menduda, penyanyi, Dr Fitri Haris, mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurus sendiri, Fazilah Omar.

Bagaimanapun, juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua itu enggan berkongsi tarikh dan lokasi majlis pernikahan mereka.

“Cukuplah jika orang ramai tahu kami sudah bernikah, baru-baru ini, dalam sebuah majlis tertutup. Tidak perlulah kami kongsi tempat dan tarikhnya,” katanya pada sebuah majlis bersama teman rapat dan wakil media, di sini.

Kata bekas anggota kumpulan UNIC itu, dia sememangnya tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan wanita yang sentiasa berada di depan mata, sejak pembabitannya dalam GGV2.

“Selama ini, saya memang tidak menyimpan sebarang perasaan terhadapnya kerana hubungan kami adalah atas paksi kerja. Masing-masing bersikap profesional. Malah, saya sudah menganggapnya seperti keluarga sendiri.

“Namun, semua ini aturan Tuhan. Selepas mengadakan solat istikharah, kira-kira tiga bulan lalu, saya nampak wajah isteri. Jadi, pada awalnya berasa kekok juga kerana selama ini tiada apa-apa perasaan terjalin antara kami. Kini ia menjadi sebaliknya.

“Ia juga tidak ubah seperti tajuk cerita… Isteriku pengurusku,” katanya yang akan berbulan madu di Bandung, Indonesia, dalam masa terdekat.

Fitri mempunyai anak perempuan berusia 15 tahun hasil perkahwinannya yang lalu, manakala Fazilah pula empat tahun bergelar ibu tunggal kepada anak lelaki berusia sembilan tahun.

Sumber: Berita Harian

“Selama Ini Saya Buta Sebab Dia Ada Saja Di Depan Mata ..” – Tamatkan Zaman Duda, Fitri Haris Kahwin Pengurus Sendiri

Juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), Fitri Haris, 35, mengumumkan dia sudah menamatkan zaman duda dengan pengurusnya sendiri iaitu Fazilah Omar, 32, baru-baru ini. 

Menurut Fitri pernikahannya hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta dibuat secara tertutup. 

“Alhamdulillah, saya dan Fazilah sudah bernikah tapi tarikh dan lokasi itu biarlah kami rahsiakan sebab atas permintaan kedua-dua pihak keluarga. 

“Apa yang saya boleh kongsikan adalah majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup pada baru-baru ini dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja,”

– Fitri

Fitri ditemui ketika majlis persandingannya yang diadakan di Hotel Dorsett, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dalam pada itu, Fitri mendedahkan dia telah melakukan solat istikarah sebelum membuat keputusan untuk menikahi pengurusnya.

“Sebenarnya saya dan dia tidak pernah menyimpan sebarang perasaan sebab kami bekerja secara profesional selama ini dan anggap sebagai keluarga. Tak terfikir pun yang dia akan menjadi pasangan hidup saya. 

“Selama ini saya buta sebab dia ada saja di depan mata saya dan menjaga saya dengan baik tapi saya tak nampak. Tapi ini semua aturan Allah. 

“Selepas melakukan solat istikarah pada tiga bulan lalu, saya hanya nampak wajah dia saja. 

Selepas itu, saya terus hubungi keluarga untuk menghantar rombongan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fitri memberitahu Fazilah mula menguruskan kerjayanya semenjak dia menyertai GGV2 pada 2018.

Terdahulu, Fitri memiliki seorang isteri sebelum bernikah seorang lagi di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009.

Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan lama apabila dia bercerai dengan isteri pertama sebulan selepas berkahwin dengan isteri kedua. 

Kemudian dia bercerai pula dengan isteri kedua dua minggu selepas itu.

Pada 9 September 2012, Fitri berkahwin kali ketiga namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isteri di Singapura.

Selain itu, Fazilah sendiri sudah empat tahun bersendirian dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Star Wars Daisy Ridley | 23

Brand New Channel LOVE NATURE 4K Now On Unifi TV

Ejen Ali | 24

EJEN ALI THE MOVIE Berjaya Kutip RM25 Juta di Pawagam