in , ,

Fitnah di Instagram, Siti Nordiana Saman Lan Solo, Syura Badron Lima Sekawan RM2.5 juta

Pertelingkahan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron kini memasuki episod baharu apabila menfailkan saman berjumlah RM2.5 juta dan pernyataan tuntutan permohonan maaf secara terbuka kepada lima defendan terlibat.

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali sebagai Nana, memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura, atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial, Instagram.

Siti Nordiana, 37, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen di sini dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura Badron, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.

Siti Nordiana Cukup Derita Itu

Siti Nordiana Tuntut RM2.5 juta

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Nordiana mendakwa, pada 20 Julai lalu pada jam 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain, menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Siti Nordiana mendakwa, kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Nama Kena ‘Petik’ Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron, Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam

“Siaran langsung berdurasi lebih kurang satu jam 28 minit itu, telah ditonton oleh para pengikut defendan-defendan dan orang ramai yang mengikutinya,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.

Juara Gegar Vaganza musim kedua itu, mendakwa kelima-lima defendan telah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing, namun ia tular serta telah dimuat naik semula ke akaun Youtube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.

Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun Youtube dijangka bertambah dan reputasi beliau telah dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.

Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai lepas melalui serahan tangan dan e-mel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.

Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut kesemua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook, secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.

Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Abang Azlan Abang Ariffin, yang mewakili Siti Nordiana ketika dihubungi Bernama, berkata tuntutan saman itu telah diserahkan secara Akuan Terima dan e-mel kepada kelima-lima defendan hari ini.

“Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 9 Ogos ini secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan,” katanya. – BERNAMA

Siti Nordiana Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka

Pertelingkahan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron kini memasuki episod baharu apabila menfailkan saman berjumlah RM2.5 juta dan pernyataan tuntutan permohonan maaf secara terbuka kepada lima defendan terlibat.

Perkara tersebut disahkan peguam dilantik penyanyi lagu Angkara itu Abang Azlan Abang Ariffin.

Dalam saman tersebut,  Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates berkata, anak guamnya, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan iaitu Lan, Syura, isteri Lan iaitu Nur Sheila, jurusolek Aida G dan Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin.

“Dalam writ saman yang dihantar secara e-mel semalam, beberapa perkara telah dinyatakan iaitu permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta. 

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iairu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah ganti rugi yang semakin bertambah daripada RM200,000 kepada RM500,000, Azlan memberitahu jumlah tersebut bertukar kerana fitnah mengenai isu antara mereka masih aktif diperkatakan dalam media sosial sehingga hari ini.

“Sebelum ini RM200,000 itu dinyatakan dalam tuntutan permohonan maaf pertama pada Julai lalu namun sehingga kini pihak kami tidak menerima sebarang kenyataan penafian daripada pihak mereka.

“Jadi, RM500,000 ini sebagai ganti rugi kerana masih tiada permohonan maaf atau penafian daripada pihak mereka. Hal ini melibatkan fitnah yang masih berleluasa dalam media sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada jumlah tuntutan tersebut akan bertambah atau tidak, Azlan memberitahu semuanya akan bergantung terhadap keputusan mahkamah kelak.

“Selepas perbicaraan nanti, pihak mahkamah akan tentukan sama ada Siti Nordiana layak menerimanya atau jumlah tuntutan tersebut juga akan dikurangkan.

“Insya-Allah, sesi pengurusan kes akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan pihak peguam lima defendan dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos depan,” katanya lagi.

Sementara itu, peguam mewakili lima defendan terbabit iaitu Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates turut mengesahkan pihaknya telah menerima writ saman tersebut daripada pihak plaintif (Siti Nordiana).

“Saya mengesahkan kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam.

“Melalui sesi pada 9 Ogos depan, mahkamah akan meminta peguam-peguam untuk kenal pasti kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,”katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam kenyataan sama, Alan turut memngesahkan Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

Dalam laporan Kosmo! sebelum ini, pelakon drama Dia Semanis Honey itu menuntut Lan, Syura, isteri Lan iaitu Nur Sheila, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Sebagai info, kemelut antara Siti Nordiana dengan lima sekawan itu bermula Lan dan Syura mendedahkan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instalive pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

*Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurflix Siar Cerita Animasi Tujuh Cerita Nabi Mulai Ogos Ini

UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN)