in , ,

UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Hari ini dalam sejarah, UMNO telah pun mengumumkan keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Umno hari ini mengumumkan pendirian mereka berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong  dan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut diumumkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang akhbar dan menerusi satu kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung selama maya hari ini.

Sokongan Kepada Yang di-Pertuan Agong

Menurut Zahid, keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan parti itu mengenai sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.

UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

“Kenyataan terbaru PM hari ini tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlah kekhilafan Kerajaan yang jelas telah mempersendakan baginda yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September 2021.

– Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Meminta Muhyiddin untuk Meletakkan Jawatan

Zahid dalam masa sama turut meminta Muhyiddin untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.

“Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong makan, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perakatan Nasional dan Tan Sri Dato Haji Mahiaddin Bin Hj Md Yassin selaku Perdana Menteri.

“Tan Sri Dato Haji Mahiaddin Bin Hj Md Yassin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan kepimpinan beliau yang menyanggah tidah KDYMM Yang Dipertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat”

Jelas Zahid lagi, dia akan mempersembahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada  Muhyiddin dan Kerajaan PN.

Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook UMNO hari ini.Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan beberapa Ahli Parlimen UMNO yang lain.

Bagaimanapun, tiada kelibat Ahli Parlimen UMNO yang menganggotai kabinet hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum sidang akhbar oleh Ahmad Zahid, seorang Ahli Parlimen UMNO yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan beliau melepaskan jawatannya dalam Jemaah Menteri hari ini.

UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

UMNO kini mempunyai 35 orang Ahli Parlimen namun dikatakan telah ‘berpecah’ kepada dua kem iaitu satu yang pro PN membabitkan kelompok yang memegang jawatan dalam kabinet manakala satu lagi berhaluan kiri yang sering mengkritik pentadbiran kerajaan.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, surat akuan Ahli – ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fitnah di Instagram, Siti Nordiana Saman Lan Solo, Syura Badron Lima Sekawan RM2.5 juta

Pelawak Terkenal Disyaki Jadi Bapa Ayam Ditahan Reman Bantu Kes Pemerdagangan Manusia