in ,

Permohonan Baharu & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Dibuka

Menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan pada November tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Prihatin Rakyat bagi mereka yang layak.

Terbaru, permohonan baharu dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah dibuka bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa). Untuk membuat permohonan atau kemaskini, mereka yang layak adalah bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM5,000 ke bawah, individu bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah serta OKU berumur 18 hingga 59 tahun.

Permohonan Baharu Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Dibuka

Sementara itu, bagi pemohon yang telah lulus BSH 2020 dan BPN 2.0, kemas kini perlu dilakukan untuk permohonan BPR 2021. Untuk pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah, permohonan baharu perlu dilakukan.

Permohonan Baharu Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Dibuka

Nilai bantuan bagi isi rumah adalah sehingga RM1,800 mengikut kategori pendapatan bulanan. Bagi individu bujang, bantuan akan diberikan sebanyak RM350 secara one-off. Pembayaran BPR 2021 dijangka akan disalurkan melalui dua fasa iaitu Fasa 1 pada April/Mei 2021 dan Fasa 2 pada September/Oktober 2021.

Untuk membuat permohonan baharu atau pengemaskinian, ianya boleh dilakukan melalui portal https://bpr.hasil.gov.my/. Maklumat lanjut mengenai BPR 2021 boleh didapati melalui pautan ini.

Syarat Layak Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

Berikut merupakan syarat layak bagi seseorang individu memohon BPR:

  • Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM1,200
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,800
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 – RM4,000
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM800;
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,200
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 – RM5,000
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM500
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM750
  • Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500 terima RM350. Had umur kelayakan individu bujang mulai 21 tahun.

Bantuan ini bakal memanfaatkan 8.1 juta orang membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH.

Bantuan ini bakal memanfaatkan 8.1 juta orang membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.

Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan.

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Semakin Kurus & Gelap, Ibu Terkejut Tengok Keadaan Harris Annuar Usai Isolasi Covid-19

FINAS Nafi Penggambaran Boleh Diteruskan di Kawasan PKP