in

Filem Tarzan 2 di TV2

KHAS CUTI SEKOLAH: FILEM TARZAN 2 DI TV2

Keindahan hutan biasanya dikaitkan dengan habitat asal hidupan liar yang bebas serta rimbunan pokok-pokok hijau yang hidup melata. Hutan juga merupakan sumber hasil pencarian bagi mereka yang pandai meneroka kawasan hutan.

Sebaliknya, jika hutan yang ada di negara kita tidak dijaga malah ada memasuki kawasan rezab hutan untuk keuntungan mereka sendiri. Perkara ini mesti dititikberatkan dari usia muda agar rasa bertanggungjawab dapat disemai dalam setiap rakyat Malaysia. Negara bukan saja akan kehilangan salah satu faktor keindahan negara malah generasi akan datang tidak dapat menikmati khazanah alam yang kaya dengan 1001 flora dan fauna.

Bagi memastikan mesej mengenai keistimewaan hutan dan pelbagai hidupan di dalamnya, Radio Televsion Malaysia (RTM) akan membawa penonton setia TV2 untuk menyaksikan filem Khas Cuti Sekolah: Tarzan 2 pada 21 Disember 2010 (Selasa), jam 11.00 malam. Selain dapat mengisi masa lapang adik-adik bersama keluarga sempena cuti sekolah yang telah tiba, filem animasi Tarzan 2 ini dapat memupuk kesedaran terhadap khazanah hutan kita serta hidupan liar yang lain. Berikutan kejayaan Tarzan 2, Harrison Chad merupakan aktor yang meminjamkan suaranya sebagai Tarzan berjaya membawa watak sebagai Tarzan semasa kecil.

Kesinambungan dari filem Tarzan yang terdahulu, sarat membawa maksud yang mudah difahami oleh penonton khususnya kanak-kanak sekolah. Karektor-karektor comel dan mudah diingati ini adalah kekuatan syarikat Walt Disney dalam menyampaikan makna tersirat kepada para penonton muda. Penonton akan dibawa menyusuri kehidupan Tarzan semasa kecil dan bagaimana dia mempelajari kebolehan untuk menguasai kemahiran di dalam hutan.

Seiring tumbesaran Tarzan, dia mula melihat perbezaan di antara dirinya dengan gorila-gorila lain. Dia berasa sangat kecewa apabila tidak mampu melompat lebih tinggi, bergerak lebih laju mahupun berjalan seperti ’saudara’nya yang lain. Kala, ibu angkatnya juga seorang gorila menyatakan perbezaan itu akan membuat dirinya lebih kuat dan hebat dari haiwan-haiwan lain. Tarzan berusaha untuk membuktikan bahawa tiada sempadan untuk kuat dan bergerak bebas di dalam hutan yang didiaminya itu.

Zugor merupakan satu nama yang amat ditakuti oleh penghuni hutan khususnya Tarzan. Dia sentiasa menganggap dirinya akan ditangkap oleh makhluk yang kejam itu. Suatu hari berlaku kemalangan yang mengakibatkan Tarzan terperangkap sewaktu perjalanan ke Dark Mountain. Kala berasa sangat dukacita apabila mengenangkan Tarzan mungkin mati ketika kemalangan itu berlaku.

Situasi berbeza di Dark Mountain apabila Tarzan menyedari bahawa kawasan itu didiami oleh dua gorilla yang mempunyai tingkahlaku manja dan kebudak-budakan. Uto dan Kago dijaga oleh ibu , Mama Gunda yang sangat menyayangi kedua anaknya. Mereka juga amat takut terhadap Zugor sama seperti kumpulan gorila Tarzan. Kecoh seluruh Dark Mountain apabila mahkluk yang ditakuti oleh sekalian makhluk itu muncul di lembah kediaman Uto, Kago dan Mama Gunda.

Kehebatan Tarzan terserlah biarpun di usia muda dia mampu mengelakkan diri daripada kumpulan Mama Gunda. Ketika perjalanannya, dia terserempak dengan seekor gorila tua yang perengus yang sentiasa menjarakkan dirinya dengan Tarzan. Tarzan kemudian sedar yang gorila itu merupakan Zugor yang menggunakan pokok berlubang untuk dijadikan pembesar suara dan membolehkannya ’bertukar’ menjadi seorang raksasa dan menakutkan haiwan-haiwan lain.

Zugor menyatakan bahawa tindakan itu hanyalah untuk mengawal kawasan dan bekalan makanannya daripada diambil oleh hidupan hutan yang lain. Tarzan menyatakan bahawa dia ingin tinggal bersama Zugor kerana merasakan dirinya tidak layak untuk bersama kumpulan gorila asalnya di atas perbezaan yang dia alami. Atas pertolongan Tarzan yang mempunyai sikap yang ceria dan bersahaja kepada Zugor, makhluk perengus itu kemudian bertukar menjadi seekor gorila yang baik serta mahu membantu Tarzan dalam memahami perbezaan pada dirinya.

Dapatkah Tarzan kembali ke kediaman asalnya? Bagaimana penerimaan Zugor untuk menjadi gorila nornal? Luangkan masa cuti sekolah anda bersama seisi kelurga dengan menonton filem Khas Cuti Sekolah: Tarzan 2 pada 21 Disember 2010 hari Selasa jam 11.00 malam di TV2, Dunia Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pasangan Razif Juara Mari Menari Musim Pertama

Alvin and The Chipmunks di TV2