in

Alvin and The Chipmunks di TV2

TV2 MENARIK MUSIM CUTI SEKOLAH INI : FILEM ALVIN AND THE CHIPMUNKS

Watak-watak comel dan mencuit hati seperti Alvin, Simon dan Theodore yang telah menjadi kegilaan dan kegemaran sebahagian daripada masyarakat Amerika beberapa ketika dahulu kini kembali lagi. Filem animasi ini bukanlah filem pertama buat trio comel yang mempunyai karektor yang memikat ini. Oleh itu, pada kali ini mereka muncul kembali di dalam filem animasi yang menarik lagi mencuit hati berjudul Alvin and The Chipmunks.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membawakan watak-watak comel ini di kaca televisyen anda khas di musim cuti sekolah ini. Filem animasi yang telah merangkul beberapa anugerah ini bakal menemui penonton RTM pada 22 Disember 2010, jam 10.00 malam di TV 2.

Plot cerita file mini berlegar sekitar kisah mengenai trio Chipmunks Alvin, Simon dan Theodore yang bertemu dengan Dave Seville seorang pencipta lagu yang hampir merudum kerjayanya itu. Dave tidak menjangka bahawa trio itu sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Trio ini telah menjadi sumber inspirasi kepada Dave. Dave telah membawa mereka pulang ke rumahnya. Dia tidak menjangka bahawa Chipmunks tersebut mampu menimbulkan kekecohan di dalam rumahnya.

Walau pun begitu, trio tersebut begitu berbakat dalam bidang nyanyian. Mereka mengadakan latihan nyanyian di rumah Dave dengan bantuannya. Dave cuba menghantar demo suara trio tersebut dan secara tak langsung lagu mereka mula di mainkan pada stesen-stesen radio. Walaupun mereka adalah rakan kongsi di dalam dunia nyanyian tersebut, Dave dan trio Chipmunks menyedari bahawa mereka bukanlah sekadar rakan kongsi malah perhubungan mereka yang rapat itu menjadikan mereka seperti sebuah keluarga.

Dalam filem animasi ‘Alvin and The Chipmunks’ ini, plot-plot yang terkandung di dalamnya bukan sahaja menghiburkan malahan ia cuba menonjolkan realiti yang terjadi di dalam industri muzik pada masa kini terutamanya kepada golongan muda yang dilihat berpotensi di dalam industri ini. Antaranya adalah seperti mengeksploitasikan golongan ini bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh syarikat rakaman.

Trio Chipmunks ini telah di kerah untuk menyanyikan lagu-lagu yang tidak sesuai dengan genre mereka, mendapat kurang kasih sayang dan hanya di pergunakan bagi mengaut keuntungan syarikat rakaman yang tamak tersebut. Akan tetapi, Alvin, Simon dan Theodore sungguh bernasib baik kerana mereka mempunyai bapa angkat (Dave) yang begitu menyayangi mereka yang telah menyelamatkan mereka daripada dieksploitasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab itu.

Alvin and The Chipmunks adalah sebuah filem yang sangat menarik dan sesuai untuk tontonan semua golongan. Para penonton bukan sahaja akan terhibur dengan telatah comel Alvin, Simon dan Theodore, malahan penonton juga akan mendapat pengajaran yang berguna yang telah di tonjolkan didalam filem animasi ini. Selain daripada itu, babak-babak yang mampu menyentuh perasaan para penonton ada diselitkan di dalam filem animasi ini.

Filem animasi kegemaran ramai ini dibintangi oleh Jason Lee, David Cross, Cameron Richardson dan ramai lagi. Bagi para peminat trio comel ini, jangan lupa untuk menonton mereka di kaca televisyen anda pada bulan Disember ini hanya di TV 2, Dunia Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Tarzan 2 di TV2

Gambar Adira di Majlis Bersama Peminat