in , ,

Azira Shafinaz Kembali Bercinta Semula dengan Yasser Khan

“Kami putus dahulu bukan disebabkan orang ketiga atau kerana curang, cuma mungkin Allah mahu menguji keteguhan cinta kami.” – Azira Shafinaz

Pelakon dan juga penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui telah kembali bercinta semula dengan kekasihnya, Yasser Khan selepas mereka berpisah selama enam bulan.

Dipetik dari Gempak, Azira memberitahu bahawa telah kembali ke pangkuan kekasihnya pada Ramadan lalu kerana Yasser mempunyai segala kriteria yang dicari.

Yasser Khan Azira Shafinaz

“Kami putus dahulu bukan disebabkan orang ketiga atau kerana curang, cuma mungkin Allah mahu menguji keteguhan cinta kami.

Bohong jika kami pernah tidak bergaduh atau bermasam muka, lebih lagi hubungan kami sudah berlanjutan hampir enam tahun. Ada ketika, perkara yang kecil boleh menjadi isu besar.

Kami perlukan tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri.

Keputusan itu memberi kami ruang untuk berfikir semasak-masaknya, sama ada mahu mengakhiri atau memperbaiki hubungan yang berantakan.”

“Paling utama, dia mementingkan agama. Dia selalu menekankan mengenai solat dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan.”

Saya selalu memberitahu rakan, saya mahukan ‘imam’ yang dapat membimbing, bukan lelaki yang hanya memandang kesempurnaan luaran, tetapi gagal membentuk saya.

Tidak pernah saya temui lelaki yang ikhlas menyayangi saya seperti Yasser. Biarpun hubungan kami pernah diuji dengan perpisahan, Yasser tidak berputus asa memujuk dan memperbaiki kelemahan yang ada,

– Azira Shafinaz
Yasser Khan Azira Shafinaz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Penceraian Ini Bukan Satu Pengakhiran, Tapi Satu Permulaan” – Fizo Omar

Sinopsis Telemovie SEMUA SALAHKU Lakonan Fasha Sandha