in , ,

Drama Siri IJAB KABUT Lakonan Azira Shafinaz, Fadlan Hazim & Iedil Putra

Viu Original, Ijab Kabut kisah tentang mengejar cinta dan majlis perkahwinan sempurna . Dibintangi Azira Shafinaz, Fadlan Hazim dan Iedil Dzuhrie Alaudin, siri romantik komedi Viu Original terbaharu ini akan ditayangkan di semua 16 pasaran!

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, memberi tumpuan kepada perancangan majlis perkahwinan yang sempurna melalui Viu Original terbaharu, Ijab Kabut. Dua episod romantik komedi ini akan mula ditayangkan pada 13 Oktober (Khamis), dengan dua episod berikutnya setiap Khamis bermula 27 Oktober. 

Ijab Kabut, Viu Original Malaysia keempat tahun ini, menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Azira Shafinaz, Fadlan Hazim dan Iedil Dzuhrie Alaudin. Dilancarkan hari ini di Royale Chulan Kuala Lumpur, dengan dewan majlis perkahwinan yang dihias oleh perancang perkahwinan terkenal Reka Teemor. Acara ini turut menampilkan persembahan lagu tema Ijab Kabut dari Nami dan juga persembahan oleh kumpulan wanita tempatan De Fam dengan lagu terbaharu mereka berjudul Berubah.  

Cast members, Imillya and Faliq during press conference

Ketika sesi pelancaran tersebut, sebuah majlis resepsi turut dianjurkan untuk sepasang suami isteri yang memenangi peraduan media sosial #KisahIjabKabutKu anjuran Viu dan Reka Teemor yang menawarkan hadiah pakej majlis perkahwinan bernilai RM350,000. 

Majlis resepsi yang juga berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Amazé ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Nabil Zamanhuri dan Iedil Dzuhrie Alaudin. 

Pasangan pemenang iaitu suami isteri Mohamad Syafiq Khor Bin Mohd Kamal Khor, 27 dan Farah Nadhirah Binti Muhammad Khairun, 28, telah bernikah pada tahun 2020. Disebabkan kekangan sewaktu wabak pandemik, majlis pernikahan mereka diadakan secara kecil-kecilan. Pelbagai ketidakpastian ketika pandemik menyebabkan kedua-dua mereka tidak sempat mengadakan majlis resepsi bersama keluarga secara besar-besaran. 

Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara Viu Malaysia, berkata “Ijab Kabut menampilkan sudut cerita yang menghiburkan menggambarkan kisah para pengantin yang terlampau mengikuti kehendak mereka bagi merancang perkahwinan impian mereka. Saya percaya Viu-ers kami akan terhibur dengan kisah terbaru ini, terutamanya mereka yang pernah mengalami proses perancangan perkahwinan sebelum ini. Mereka akan dapat menghayati kisah Ijab Kabut, kerana drama ini menerokai betapa kabutnya bulan-bulan sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.” 

Fadlan Hazim as Khai

Siri romantik komedi terbaru di platform Viu ini menampilkan Deanna, lakonan Azira Shafinaz, seorang penerbit muzik bercita-cita tinggi dan kompetitif, yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Senario terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka! 

Deanna memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja sebagai pengantin lelakinya. Maka bermula kisah komedi tentang bagaimana bakal pengantin perempuan ini meneruskan usaha untuk mencari lelaki yang sempurna untuk majlis perkahwinan impiannya, dengan dua calon yang sukarela menjadi suaminya – perancang majlis perkahwinannya, Khai, dan pekerjanya, Mat, yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik. 

Azira terkenal dengan lakonannya di dalam filem-filem francais Penunggang Agama, dan juga lakonan beliau di dalam drama Viu Original Isteri Misteri. Lakonan beliau di dalam drama Seribu Rindu memperoleh pencalonan anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pasangan Terbaik (bersama Zul Ariffin) di majlis Anugerah Festival Drama Kuala Lumpur 2019. Azira juga merupakan ahli kumpulan muzik De Fam.

DeFam performing Berubah

Fadlan Hazim pula memainkan watak Khai. Dicalonkan untuk anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di majlis Anugerah Festival Drama Kuala Lumpur 2017 dan juga Pelakon Baharu Terbaik Festival Filem Malaysia 2015, Fadlan terkenal dengan lakonannya di dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Sayang Tak Dikenang. 

Pelakon teater Iedil Dzuhrie Alaudin memegang watak sebagai Mat. Iedil mencipta namanya sebagai sebahagian daripada kumpulan komedi Projek Disko Baldi, pernah memenangi anugerah Kakiseni Theatre Audience Choice Award di Boh Cameronian Awards pada tahun 2013. Beliau juga telah berlakon di dalam filem-filem Indonesia seperti Toko Barang Mantan dan My Stupid Boss 2, serta filem-filem Malaysia terkenal seperti Fly By Night dan terkini, The Assistant.

Azira Shafinaz as Deanna

Drama Viu Original ini diarahkan oleh Faliq Sharif, pengarah baru berbakat, dengan karya terbarunya pada tahun ini, Lockdown Love. Ijab Kabut ditulis oleh kumpulan penulis diketuai Mamu Vies yang terkenal dengan siri drama Love in Lockdown dan Sihir pada tahun 2021.

Viu-ers dapat menonton siri Ijab Kabut dan mengikut kisah bakal pengantin ini dalam cubaan mendapat majlis perkahwinan sempurnanya di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NASHA AZIZ

Filem Seram Talbis Iblis Gandingan Pertama Azira Shafinaz & Nasha Aziz

SAMSUNG

Daripada Papan Iklan Boleh Lipat kepada Pertunjukan Dron Boleh Lipat