in

Filem Pendek Merdeka 2015 Rungkai Kisah Uncle San & Shirin Aziha

Pada malam ini, pastinya kita semua warga Malaysia akan keluar ke mana-mana lokasi kegemaran untuk menyambut detik 12 tengah malam di mana laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! akan bergema. Ke mana lokasi pilihan anda? Mungkin yang malas nak keluar tu, boleh je berehat di rumah menonton siaran langsung di kaca TV.

Tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan disambut dengan cukup sederhana. Namun jiwa patriotik tetap bersemarak dan Budiey sendiri berkobar-kobar untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-58. Syukurlah dengan segala keharmonian yang kita kecapi sekarang ini.

Dalam pada itu, sudah tentu iklan dan juga video tentang erti kemerdekaan ini cukup meriah disiarkan di kaca TV dan juga di internet. Maxis khasnya telah memberi inisiatif terbaru untuk memberikan keinsafan kepada kita tentang betapa berertinya kita tinggal di Malaysia yang aman sentosa ini.

Tidak kira apa bangsa pun kita, kita semua orang Malaysia. Yang penting, kita perlu menanam sikap bantu membantu sesama kita, seperti mana sebuah video yang dimuat turun dari laman Youtube Maxis ini.

Video filem pendek berdurasi lebih kurang 6 minit ini menrungkai coretan kisah yang menginspirasikan mengenai Uncle San, berusia 80 tahun, serta pemandu arah gunung gempa bumi Ranau dan beratus lagi rakyat Malaysia yang tidak mempedulikan perbezaan antara satu sama lain, sebaliknya mempamerkan kebaikan kepada jiran-jiran dan mereka yang memerlukan bantuan. Ini sekadar satu peringatan yang menunjukkan keupayaan kita sebagai rakyat Malaysia apabila kita bertanya kepada diri sendiri: bagaimana jika kita menganggap satu sama lain sebagai keluarga?

Anda sudah tonton filem pendek merdeka terbaru Maxis? Hampir 200 ratus ribu penonton menitiskan air mata bila melihat sendiri susah payah Uncle San dalam kisah yang menonjolkan konsep warga keluarga itu. Paling menarik, kisah keakraban Uncle San dan Shirin Aziha itu pernah menjadi tumpuan di media sosial sebelum ini.

Selamat Hari Malaysia 2015 untuk korang semua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BudieyBuddies di Pelancaran MAGNUM SENSATION IN WHITE

Senarai Program Menarik di TV3, ntv7, 8TV & TV9 Sempena Merdeka 2015