in , ,

Sekitar Showcase Sunday Nite Live Ella di Planet Hollywood

Havoc, powerful, energetik, gempak dan happening. Itu yang boleh saya simpulkan ketika menyaksikan persembahan kedua Ella di Planet Hollywood pada 25 Februari yang lalu.

Dengan berbekalkan pengalaman selama 21 tahun dalam bidang nyanyian bergenre rock, Ella nampaknya bertambah matang dan punya karismatik seorang rockers handalan yang beraspirasi tinggi dalam persembahan selama dua jam itu. Itu yang dapat saya terjemahkan.

403355348 Bdfde01C60 | 4
Cuba teka siapa ini? Rambut dia nak lawan rambut Ella kan?

Apakah resepi dan petua Ella sehingga dapat mempertahankan gelaran ratu rock hingga kini? Apakah faktor tidak ramai penyanyi perempuan yang memilih genre rock sebagai imej mereka? Atau kita ketandusan pelapis-pelapis yang berbakat yang boleh bersaing dengan Ella.

Yang ada pun, penyanyi rock wanita yang datang sekejap dan kemudian mereka terpaksa gulung tikar sebab album tidak laku. Tetapi Ella… namanya terus hidup dalam industri sehingga digelar Lagenda Rock Malaya! Tahniah!

Apatah lagi pada bulan Mac nanti Ella akan buat konsert di luar bandar iaitu di penempatan golongan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)! Sebanyak 10 lokasi sudah ditetapkan. Jadi, kepada warga Felda, tunggu sahaja kedatangan Ella menggegarkan kawasan anda!

Selain dapat mengeratkan lagi hubungannya dengan peminat luar bandar, Ella juga dapat mempromosikan penjualan album terbarunya, Rama-rama. Namun, saya rasa Ella patut mengadakan konsert meganya di Kuala Lumpur dahulu sebelum keluar untuk menghibur warga Felda.

Rata-rata peminatnya ternanti kemunculan konsert mega & solo daripada Ella. Walaupun Ella pernah berkolaborasi dengan kumpulan rock lagenda, Search, Inul Daratista dan Radja di Konsert anjuran Digi yang lalu.

Rasa saya, itu tidak memadai. Ella punya banyak album dan lagu untuk didendangkan… cuma untuk mencari penaja sahaja yang sukar kan?

Jarang sekali saya lihat Ella mengadakan konsert solonya. Peminat Ella bukan sedikit you all. Ramai sangat. Buktinya, peminat membanjiri Planet Hollywood sehingga tidak ada ruang kosong katanya.

Yang paling mendapat tumpuan ialah show ini turut dihiruk-pikukkan dengan para peminat setia Ella yang menggelarkan diri mereka Ella’s Gang. Untuk info lanjut, sila lawati myspace Ella’s Gang. Senang sekali untuk mengenali kumpulan fanatik Ella ini kerana mereka semuanya memakai baju berwarna hitam sama dengan tertera nama Ella’s Gang dibelakangnya.

Muka-muka mereka turut dicop dengan lambang rama-rama. Aksesori seperti rantai, bandana, snow cap tertera nama Ella juga menghiasi penampilan mereka. Saya sempat berbual dengan anggota kumpulan peminat ini.

Sokongan mereka agak kuat sehingga sanggup mengikuti ke mana sahaja Ella mengadakan persembahan. Tempat mereka pun agak special sebab dapat duduk di bahagian hadapan. Ella pun sudah kenal dan masak dengan mereka.

Wow! Persembahan Ella kali ini diiringi oleh pemuzik handalan yang ternama seperti Joe Wings (gitar utama), Edrie Hashim (gitar kedua), Steve Thornton (alatan perkusi), Tapai (pemain bass), Rudi (keyboardis) dan Pae (pemukul dram). Bayangkan bagaimana havoc dan riuhnya penonton bila Joe dan Edrie Hashim goreng gitar diorang.. Fuh! Malatops beb!

Pemilihan lagu yang memang mantap, mesra di telinga peminat dan semuanya sedap-sedap. Ella begitu berhati-hati dalam memilih seleksi lagu yang ingin didendangkan agar peminat tidak jemu dan bosan. Dua jam tu rasa sekejap je bagi saya.

Yang penting, momentum dan gelodak persembahan Ella tidak mati. Ianya semakin hangat dan havoc dari lagu ke lagu yang lain. Apatah lagi, ramai yang datang ingin mendengar lagu-lagu dari album Ella yang pertama.

Lagu-lagu seperti Kasih, Permata Biru, Sepi Sekuntum Mawar Merah (diganding bersama VE dengan suara harmoni yang power giler!), Mendung Tak Bererti Hujan (berduet bersama Izzad Izzudin… agak OK walaupun Izzad over feeling) dan Sembilu. Semua lagu-lagu ini pada saya meninggalkan banyak sekali kenangan-kenangan silam waktu zaman persekolahan dulu.

Peminat Ella’ Gang tu siap buat lambang rama-rama dengan tangan. Lagu Rama-Rama sebenarnya memang enak didengar dihayati. Lagu ini saya kira mampu melonjakkan nama Ella dalam persada muzik rock tempatan.

Ella menjemput Melissa Endot (bukan Melissa Saila walaupun muka nampak mirip-mirip) untuk berduet bersamanya dalam lagu Won’t Let You Down. Melissa Endot ni adalah penulis lirik dan lagu ini memang punya bakat dalam nyanyian. Atau adakah dia seorang penyanyi? Mmm… itu saya tak tahu.

Kira-kira lebih 15 buah lagu yang dibawakan oleh Ella termasuklah lagu-lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lain seperti Jujur & Ta’kan Melupakanmu (lagu asal dari Radja) dan Dekat Padamu (lagu asal daripada Yusri KRU). Disampaikan dengan suara serak basah dan lenggok melodi serta susunan muzik rock yang lain dari versi asal.

Lagu Permata Biru menjadi lagu pembukaan yang agak baik pada malam itu di mana peminat Ella semua menjerit tak ingat dunia. Lagu-lagu dalam album terbaru tidak dilupakan oleh Ella seperti Rama-rama, Dua Sejoli dan Percaya Diriku. Lagu-lagu lama membuat kita diulit memori silam seperti Permata Pemotong Permata, Kesal, Ulek Mayang, Nuri, Sembilu, Kitalah Bintang. Rangkaian Medley Kasih, Gemilang dan Layar Impian juga memang seronok didengar.

Antara selebriti yang turut hadir ialah Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ramli MS, Camelia, Fiza Elite, Rahim Maarof, Anne Ngasri, Awang BPR, Aras Mohammad dan ramai lagi yang saya tidak nampak.

Keseluruhan persembahan Ella memang menghiburkan walaupun vokal-vokal serta lagu-lagu dinyanyikan agak biasa. Tapi masih energetik walaupun dah kertu… Opss! Saya kira suara Ella agak tenggelam dengan suara peminat-peminat yang menyanyi. Fuh! Happening giler! Tahniah, Ella… I love you! Terima kasih Erlina dari Sales Department Planet Hollywood atas layanan. Juga terima kasih Toby sebab sudi temankan Budiey.

Klik di sini untuk menonton video show Ella di Planet Hollywood bawa lagu Layar Impian: http://www.youtube.com/watch?v=SX7ClVcEXI8

Mahu baca tulisan lama saya ketika showcase Sunday Nite Live Ella di Planet Hollywood pada tahun 2005, sila ke:

Foto-foto yang sempat saya ambil:

403355056 87F7Bc0528 | 5

Dia adalah Edrie Hashim

403355260 E0E5722C42 | 6
403355135 Fec644A64C | 7
403355098 305A9B08E1 | 8
403355316 0C7F5C734E | 9

Joe Wings! You rocks la bro!

403355421 896Cc48474 | 10

Penyanyi latar. Izzad Izuddin sebelah kiri sekali.

403355481 7C185503B9 | 11
403355545 1312Eb1279 | 12
403355595 1E221744D5 | 13
403355660 652C9868Ed | 14

Ella duet bersama Melissa

403355712 A2B2C033B1 | 15

“Nyampahlah aku tengok dia ni… asyik duk angkat tangan dan terloncat-loncat depan aku. Aku dan orang kat belakang nak ambik gambar pun tak boleh!”

403355807 D3C32319B1 | 16

Mendung Tak Bererti Hujan…. adusss! Nostalgik sangat-sangat

403355882 E23C8973A0 | 17

VE… you all cool! Harmoni you all buat tu memang powerful & soul sangat!

403355944 08262140Eb | 18
403356036 40B8Fa193C | 19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Patrick Wilson The Conjuring | 55

Filem THE DEPARTED Menang The Best Picture di Anugerah Oscar

Syafie Naswip | 56

Filem MUKHSIN: Kemegahan atau Kejelikan?