in , ,

Bermula dengan Pondok Rehat, Kini Absolut Chocolat Berjaya Ada Kilang Sendiri

Tak pernah salah bermimpi dan bercita cita besar kerana setiap kepayahan serta ujian pasti ada pengakhiran yang indah. Siapa menyangka hanya bermula dari pondok rehat yang terletak di perumahan awam Sri Sabah, Cheras dan kini perniagaan Absolut Chocolat mampu memiliki kilang sendiri di Taman Perindustrian Bukit Serdang.

Kilang berkenaan di bawah nama Absolut Brands Sdn Bhd berkeluasan 14,000 kaki persegi itu selain menjalankan operasi perniagaan Absolut Chocolat, turut memayungi dua lagi jenama lain iaitu Absolut Food Festival dan Absolut Talent & Management

Bermula dengan Pondok Rehat, Kini Absolut Chocolat Berjaya Ada Kilang Sendiri

Menurut bekas pelakon, Ben Ali yang juga Pengarah Urusan syarikat berkenaan, bukan mudah untuk berada di tahap sekarang.

“Saya mengemudi perniagaan ini bersama isteri, Nadiyah Shahab. Kami berdua melalui suka duka, turun naik. Tapi semua itu jadi kenangan dan pengalaman berharga.

“Bayangkan di pondok rehat perumahan awam itu segala operasi dan urusan dilaksanakan. Di situlah kami membungkus kek ke dalam kotak beserta sos. Sukar dibayangkan memori itu, namun rezeki tak pernah salah alamat

“Pendek kata macam macam lagilah segala kerja saya dan isteri buat. Malah kami pada awalan pernah melakukan khidmat penghantaran kepada pelanggan,” katanya

– Ben Ali
Bermula dengan Pondok Rehat, Kini Absolut Chocolat Berjaya Ada Kilang Sendiri

Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, 30, selepas dua tiga hari ‘menumpang’ pondok berkenaan, mereka kemudiannya berpindah ke khemah menjual air kelapa juga di cheras

“Selepas dua tiga minggu menumpang di khemah itu, kami menyewa pula suku lot berdekatan LRT Cheras.

“Dalam tahun 2018, memang kami kerap ‘berpindah randah’ dari satu tempat ke tempat lain. Kemudian kami bertukar ke Medan Connaught Cheras hujung tahun sama. Kami menyewa satu lot premis yang dibahagi dua bahagian

“Bahagian depan dijadikan pejabat, manakala belakang pula sebagai tempat pembungkusan kek dan penghantaran. Apabila perniagaan semakin berkembang kami menyewa pula satu lagi lot di bahagian bawah bangunan sama. Ketika itu lot atas dijadikan ruang pejabat dan bawah pula urusan kerja,”

– Ben Ali
Bermula dengan Pondok Rehat, Kini Absolut Chocolat Berjaya Ada Kilang Sendiri

Menurut Ben, dia bersyukur perniagaan mereka yang berasaskan F&B (Food and Beverages) dan dalam talian masih ‘bernafas’ ketika pandemik COVID-19 melanda sejak Mac tahun lalu.

“Kami hantar ke rumah dan masyarakat hanya menempah dalam talian untuk menikmati apa yang ditawarkan. Macam harga kek kami dengan pelbagai perisa juga kekal dengan harga mampu milik iaitu sekitar RM69 ke RM79.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu kami menambah lagi tiga lot kedai. Ia menjadikan kesemuanya kini lima lot di Medan Connaught. Kami akan meneruskan operasi di lot sedia ada buat sementara waktu. Kilang ketika ini hanya menempatkan bahagian pengurusan.

“Dengan izin Allah, kami juga dapat membeli van pertama pada tahun 2019. Baru baru ini kami membeli lori pula,”

– Ben Ali

Pada tanggal 18 Februari depan genap tiga tahun jenama itu. Tanggal 22 Januari (hari ini) jenama itu berpindah ke kilang yang kini tersergam indah.

“Kami juga terbuka dan mencabar diri untuk bereksprimen dengan benda baru. Susah sebenarnya nak kekal relevan dan mengeluarkan produk unik dan lain daripada yang lain. Macam idenpertama kami membuat kek telur masin yang pertama di Malaysia juga awalnya menimbulkan reaksi negatif.

“Ada yang tak boleh menerimanya dan menganggap sebagai pelik kerana selalu telur masin dimakan dengan nasi. Tapi kita melawan arus dengan menghadirkan kek perisa berkenaan. Memang kena kecam teruk juga pada awalnya. Tapi sekarang orang sudah mula menerimanya dan wujud aliran sama di kalangan pesaing,”

– Ben Ali

Ben menambah, dia berharap tahun 2021 penuh mencabar ini akan terus memberi sinar kepada jenama perniagaannya

“Banyak lagi yang ingin kami kecapi. Cita cita kami sendiri mahu membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa.

“Kami takkan berada di seni tanpa sokongan pelanggan tersayang. Terima kasih kerana terus setia menyokong kami hingga kini,”

– Ben Ali

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kisah Cinta Yang Tawar & Tidak Mampu Diselamatkan Dalam Single PUTUS Nyanyian Vanessa

Filem LAYLA MAJNUN Lakonan Acha Septriasa & Reza Rahadian Bakal Ditayangkan di Netflix