in ,

Fasha Sandha, Azhar Sulaiman dalam Drama Rahsia Shaliza

Cerekarama: Rahsia Shaliza, 14 Ogos, Sabtu, jam 10.00malam

Ketenangan di pejabat GG Holding Sdn Bhd dikejutkan dengan suara Hisham menengking Shaliza. Hisham yang terkenal dengan sikapnya yang lembut, warak dan penuh karisma tidak pernah berkelakuan begitu.

Hisham memecat Shaliza dengan notis 24 jam tanpa Shaliza diberi peluang untuk membela diri. Hisham menuduh Shaliza cuai sehingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian. Shaliza tenang menerima surat pemecatannya.

Dia mengeluarkan wang simpanan dan membayar ganti rugi tersebut. Semua kakitangan percaya dengan pertuduhan Hisham dengan mengatakan bahawa Shaliza hanya nampak baik secara luaran dan bertudung litup namun dia sebenarnya tidak ubah seperti gunting dalam lipatan.

Namun, Suchitra tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan pemecatan Shaliza. Dia nekad untuk mencungkil hal yang sebenar. Shaliza pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran. Tetapi cerita mengenai pemecatan Shaliza tersebar luas di kampung.

Ini semua angkara Hisham yang kebetulannya berasal dari kampung yang sama. Hisham menyebarkan fitnah bahawa Shaliza pecah amanah dan mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Mira, isteri Hisham sedih dan kecewa dengan sikap Shaliza. Apakah yang sebenarnya telah terjadi hingga menyebabkan Hisham begitu benci dengan Shaliza?

Pelakon: Fasha Sandha, Azhar Sulaiman, Arash Mohd., Hafizuddin, Rebecca Nur Islam

Pengarah: Haris Kadir

Fasha Sandha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Fenomena Faizal Tahir di Hari Raya Kedua

Sinopsis Epilog Syurga Cinta